Sidang Dewan Rakyat digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan Pas semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.
Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan Pas Terengganu ketika itu.
Video URL: http://youtu.be/Il4celGqd3A
“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.
“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat kemarin.
Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.
“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik Pas senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.
Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.
Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Hukum Liwat Isteri
Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.”(Riwayat An-Nasai)
semua nie taktik kotor mereka mempermainkan Islam atas nama hukum Allah..macamanalah nak buat undang-undang
ReplyDeleteDedahkan enakmen salah tu kepada umum supaya rakyat boleh tahu kesilapan membuat undang2 tersebut, biar rakyat sedar.
ReplyDeleteSebenarnya hangpa yg bodoh bangang tak baca habis enekmen tu dan hangpa tu jahil agama nak cakap hal agama.Liwat ISteri tu memang haram tapi tidak dihukum HUDUD tapi takzir tolong faham sikit jangan jadi bangang....
ReplyDeleteNgaji abis dulu la kot no baru la buat sesuatu.. Liwat isteri tu haram dan klu nak dihukum, guna kaedah takzir, bukan hudud.. Selesai masalah..
ReplyDeleteKalau tak tahu lebih baik diam..
ReplyDeletehttp://youtu.be/g_kkMEgG8CQ