Pages

Monday, November 21, 2011

Amanat Presiden Beri Suntikan Motivasi Dapatkan Sokongan Lima Juta Pengundi Muda - KJ


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata Amanat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang julung kali diadakan khas bagi sayap Pemuda dan Puteri, semalam merupakan permintaan khusus kedua-dua sayap parti untuk memberi suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam pilihan raya umum akan datang.



“Selama ini amanat Presiden hanya diberi kepada ketua bahagian atau pemimpin atasan (peringkat) bahagian saja.

“Jadi hari ini kita dapat suntikan semangat sendiri daripada Presiden, dan ini menunjukkan bahawa jentera yang akan keluar untuk mendapatkan lima juta pengundi muda dihargai dan diberi semangat oleh Presiden parti,” katanya.

Beliau berkata Najib turut memberikan pengiktirafan terhadap semua program yang dilaksanakan pergerakan itu, seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN, cuma Presiden UMNO mahukan beberapa tambahan dibuat untuk memastikan bahawa peralihan pengundi muda kembali kepada BN.

Jelas beliau lagi Pemuda dan Puteri UMNO turut mengambil berat saranan itu dan yakin hasrat yang dikehendaki Presiden parti mampu ditunaikan berdasarkan sokongan daripada generasi muda terhadap BN semakin baik dalam dua pilihan raya kecil terakhir, katanya.

Pada majlis itu, Pemuda dan Puteri melancarkan slogan baru ‘BN Pilihan Orang Muda’ sebagai identiti baru pergerakan itu dalam usaha memberi lebih pilihan kepada pengundi sasar menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Mulai hari ini semua gerak kerja tertumpu kepada slogan itu, di mana identiti baru itu akan menjadi teras kepada kita. Dari dulu kita ada ‘Undilah Barisan Nasional’ sekarang kita segarkan semula bahawa generasi muda ada pilihan, kuasa ada di tangan mereka, pilihan setelah mereka lihat apa yang telah BN buat dan ditawarkan selama ini,” katanya.

Amanat itu yang julung kali diadakan bermula pada 4.30 petang berakhir satu jam setengah kemudian dengan dihadiri oleh hampir 5,000 orang terdiri daripada seluruh peringkat kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri UMNO bahagian.

1 comment:

  1. Sokong slogan yang mahu menambat hati orang muda terhadap BN dan khususnya UMNO. Jangan lupa kerja keras. Pasang sayap dan perang saraf yang bersungguh-sungguh. Ingat PAS, PKR dan DAP sudah lama menjalankan perang saraf mereka. Pemimpin UMNO jangan fikir kepentingan diri sendiri sahaja . Ini adalah perjuangan UMNO. Perjuangan bangsa Perjuangan suci seperti arwah ibu bapa saya lakukan kerana kecintaan terhadap bangsa, negara dan ugama. UMNO BOLEH!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.