BERSIH bukan sekadar NGO tetapi di belakangnya adalah parti-parti politik pembangkang. Meletakkan Dato’ Ambiga Sreenevasan sebagai Ketua, semata-mata strategi untuk menyembunyikan agenda parti politik pembangkang untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari terlepas menerima hukuman liwat!
Di Kongres PKR baru-baru ini, Sam AMK mengesahkan bahawa mereka sebagai perancang utama untuk mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika Anwar akan dipenjara.
Selama ini, mereka mengatakan Bersih ini adalah satu gabungan NGO yang nak menuntut pilihan raya bersih. Tetapi, hari ini jelas, nyata ianya merupakan agenda politik Pakatan Rakyat.
Rakyat di gunakan untuk kepentingan politik kotor Pembangkang!
AMK akan demo jika Anwar dipenjara
Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.
Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.
"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.
"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).
"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.
Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.
"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.
Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.