Pages

Wednesday, November 9, 2011

Amy Tidak Tahu Menahu Dakwaan Aksi Foto Cumbu & Bikini Nabila Huda


“Saya tidak tahu menahu hal tersebut, betul saya tidak tahu. Gambar apa? Bila?”begitulah ungkapan pertama lagenda Rock tanahair, Amy Search ketika diajukan pertanyaan juga kesahihan aksi foto melibatkan anak perempuannya, Nabila Huda yang berbikini dan dikatakan bercumbu mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di salah sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.

Amy, 53, yang ditemui ketika majlis pra tonton klip video single terbarunya duet bersama juara AF9, Hazama, menerusi lagu ‘Simetri’ di Redbox, Pavilion petang semalam, nyata terkejut dan tergamam seketika saat mendengar perkhabaran mengenai anaknya itu daripada pihak wartawan yang hadir di majlis tersebut

Meski terpamer kekecewaan di raut wajah seorang bapa, Amy walaubagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut sebalikya hanya mampu memberi peringatan kepada Nabila agar berjaga-jaga dengan setiap gerak geri demi masa depan karier, kepentingan anak serta banyak lagi perkara.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.

Ketika ditanya sama ada dia sebagai seorang bapa ada menasihati segala tindak tanduk mahupun keputusan Nabila, Amy menyatakan dia seringkali mengingatkan Nabila agar fokus pada kariernya dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh memakan diri.

“Ini adalah jalan yang dipilihnya (dunia seni). Bila dia sudah melakukan yang terbaik, saya seringkali menasihatkannya agar senantiasa fokus dengan karier seninya dan menghargai segala peluang juga rezeki yang dimilikinya. Selain daripada itu, saya hanya memintanya agar pandai-pandai menjaga diri apatah lagi sebagai seorang perempuan,” ujar Amy lagi yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Tambah Amy lagi, apabila berdepan dengan sesuatu isu-isu kontroversi yang berpunca dari tindak tanduk tuan empunya badan sendiri, Amy dengan nada tegas berharap agar Nabila lebih bertanggungjawab menangani isu ini dan jangan sesekali lepas tangan dari sebarang kesalahan yang dilakukan.

Apabila ditanya tentang perasaannya adakah dia marah apabila mendapat tahu perkara tersebut, Amy jelas bijak menyembunyikan perasaan.

“Belum lagi, sekejap lagi sampailah marah ini,” ujar Amy dengan nada berseloroh dan sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada para wartawan.-Oh Bulan

Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman

10 comments:

  1. apa dah jadi dgn Nabila ni? perangai lama kembali lg?? buat malu kaum wanita saje!

    ReplyDelete
  2. bapak borek anak rintik

    ReplyDelete
  3. gambar sblm kawin dulu...lagi teruk.....tak leh wat aper..dah memang bohsia dr dulu....nabila mesti bertobat...

    ReplyDelete
  4. inilah padahnya bila sek bebas di benarkan dlm pakatan rakyat!

    ReplyDelete
  5. semakin sesat nabila ni!

    ReplyDelete
  6. tu la ppasal , sebab itu dia sokong PR seks bebas kaedahnya dan sudah tentu Tok guru dia boleh ampun..

    ReplyDelete
  7. Barangkali dia ingat bole minta Tok Guru bagi syufaat, kut...

    ReplyDelete
  8. perlu bertaubat...

    ReplyDelete
  9. korang ni nama je islam sejak lahir tapi komen korang ni nampak jahil agama....

    ReplyDelete
  10. Gila ke apa? Nabila yg buat maksiat, salahkan PR dan Tok Guru?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.