Pages

Monday, November 28, 2011

Anwar Akui YB PKR Lupa Tugas, Abai Tanggungjawab


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada wakil rakyat dari parti itu yang hidup senang lenang selepas memegang jawatan berkenaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan parti.

Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Kelapan di sini semalam, Anwar dengan kesal berkata, perkara itu bertentangan dengan prinsip parti dan akhirnya menimbulkan masalah dalaman.

"Ada wakil rakyat yang kita tahu hidupnya lumayan sehingga lupa amanah dan kerja yang harus mereka lakukan dalam menaikkan lagi imej parti,” katanya.

Justeru itu katanya, wakil rakyat berkenaan tidak wajar diberi mandat untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi yang sama turut menegur wakil rakyat parti terbabit yang tidak menghadiri kongres berkenaan. - Bernama

Orang dalaman PKR sendiri pun sabotaj Anwar! Lebih baik sokong UMNO dari PKR yang tak amanah!


Anwar is DEAD!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.