Gambar Terbaru Anwar Ibrahim Di Dalam Tube, London |
Tidak seperti dalam isu-isu lain, Anwar yang menjadi ‘juara’ membangkitkan isu tersebut, sama ada di twitter, laman rasmi ataupun memanggil para wartawan untuk sidang media, namun dalam isu LGBT dan Seksualiti Merdeka, Anwar mengambil pendekatan sebaliknya.
Tidak ada sidang media. Tidak ada pendirian rasmi dari dirinya atau partinya yang sekurang-kurang disiarkan di anwaribrahimblog.com.
Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011, namun Ketua Umum PKR itu tidak menyatakan sebab-sebabnya di atas tindakannya yang berlawan arus dengan pendapat umum itu. “Dijelaskan : (saya) tidak setuju”, katanya ketika menjawab twitter @MZuhairy yang menjemput Ketua Pembangkang itu bersama-sama menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.
“Datuk Seri kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ?”, kata @MZuhairy dalam twitternya kepada Anwar.
Ketua Pembangkang itu kelihatan seolah-olah mahu mendiamkan diri dan sekiranya, ada pertanyaan di twitter berkenaan isu tersebut, beliau hanya menjawab ringkas, kabur dan tidak seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada musuh-musuh politiknya sebelum ini.
Apabila penganjur Seksualiti Merdeka mengaitkan nama Ambiga, mungkin boleh difahami kerana Pengerusi BERSIH 2.0 itu adalah perasmi program tersebut yang dijadualkan 9 November ini, namun apabila penganjur mengaitkan juga dengan nama Anwar Ibrahim, itu menimbulkan satu persoalan.
Kenapa penganjur Seksualiti Merdeka mengaitkan nama Anwar Ibrahim, sedangkan Ketua Umum PKR sehingga kini dilihat tidak mahu mengaitkan dirinya dengan penganjuran aktiviti songsang itu ?
Anwar dan kepimpinan PKR dilihat mahu mengunci mulut, sedangkan kumpulan LGBT sebelum ini merupakan kumpulan pertama menyokong Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu dituduh melakukan aktiviti homoseksual buat kali kedua.
Malah, lebih menonjol lagi apabila Grace Poore seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia menghantar satu rencana kepada IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission) menyeru kumpulan LGBT di Malaysia supaya menyokong Anwar Ibrahim dan partinya, PKR.
Namun apabila kumpulan LGBT Malaysia pula menjadi sasaran polis dan pihak awam, kenapa pula Anwar dan barisan kepimpinan partinya mendiamkan diri ?
Apakah Anwar lebih penting menjaga hati puak-puak liberalis, pluralis dan sekular demi untuk PRU13?
hahaha takutlah tu...
ReplyDeleteAnukan bapak gay hahaha
ReplyDeletesi nuar tu takut..dia pun GAY jugak....
ReplyDeletesebagai penyokong Seksualiti Merdeka, saya merasakan pejuangan kitak tidak memerlukan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDia mempunayi terlalu banyak pembenci. Perlibatan beliau tak akan membawa apa-apa kesan yang produktif.
Setahu saya, Seksualiti Merdeka tak pernah menyebut atau terlintas fikiran mereka untuk membawa dia terlibat dalam acara ini.
hahahaha ada jugak kaum gay dalam ni! taubatlah woiii!
ReplyDeletemengapa mst songsang??!!
ReplyDeletedah la songsang pastu nak bangga diri lak...
bila tnya knp songsang???
jwp:naluri perempuan saya kuat sgt dlm dri ni...
toya ang!!!