Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor. Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.
Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.
Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.
RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.
Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini.
Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.
Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.
Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.
Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.
Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.
-Gelagat Anwar
apa nak hairan.. anwar byk ggeng yahudi yg boleh sponser dia..
ReplyDeleteanwar tak yah susah-susah nak kuar duit..modal air liur je..kalau nak menang besar..buat roadshow seluruh ceruk kampung bersumpah dlm masjid / ceramah tak balun cina doll..tak liwat saiful..aku gerenti umno kalah teruk..ada berani anwar
ReplyDeletebanyak juak duit....sedekah juak...
ReplyDeletePak DSAI sibuk keluar negara last few months duk mengemis duit yahudi la utk dptkan RM300 juta tu... Menang je PR tergadailah Malaysia... ini hutang utk PRU13 hutang PRU12 Pak DSAI belum bayar lagi.. udah buat hutang baru dgn Yahudi... belum kira lagi hutang utk PRU11, PRU10 hahaha berbiliion-billion tu bro...
ReplyDelete