Pages

Saturday, November 26, 2011

Azmin Ali Tipu Rakyat, Bangsa Sendiri! Kampung Melayu di Gombak Dihapuskan?


GOMBAK: “Kami diusir seperti pendatang sedangkan tanah ini hak kami lebih 40 tahun lalu,” kata penduduk, Zakaria Abu Bakar yang dipaksa berpindah dari rumahnya di Bukit 10, Kampung Tengah, sebelum Selasa ini.

Zakaria, 53, bersama 10 keluarga lain yang tinggal di kawasan berkenaan diarahkan berpindah oleh sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dikatakan menceroboh tanah itu.

Katanya, penduduk diberi notis perpindahan yang berkuat kuasa serta-merta minggu lalu dan diberitahu kawasan rumah mereka akan dirobohkan.



“Saya terkejut apabila diberitahu kami perlu berpindah dari kawasan ini secepat mungkin kerana tanah yang didiami dibeli pemaju melalui lelongan bank.

“Kami diberi tempoh hingga Selasa ini untuk berbuat demikian tanpa perbincangan dan rayuan, malah mereka turut meminta setiap keluarga membayar denda RM600 atas alasan menceroboh tanah mereka,” katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Abd Halim Idris, 10 keluarga yang diusir keluar itu penduduk asal Kampung Tengah sebelum mereka dipindahkan.

“Pada 1983, semua penduduk dipindahkan di tanah ini berikutan kawasan penempatan mereka perlu dijadikan jalan utama ke taman perumahan yang baru siap dibina.

“Ekoran itu, pemaju perumahan terbabit menyediakan tanah dan wang pampasan kepada kami sebagai ganti rugi,” katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, pihaknya tidak menyangka pemaju pertama yang membeli tanah mereka itu mencagarkan geran tanah kepada bank sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pemilik.

“Kami bukan menentang pembangunan, tetapi sekiranya kawasan ini terbabit projek itu, pemaju seharusnya bersemuka dan berbincang terlebih dulu.

“Semua penduduk bukan penceroboh atau penduduk setinggan sebaliknya pemilik asal yang diwarisi sejak turun-temurun, jadi mengapa perlu tanah kami dirampas, malah cagaran yang dibuat bukan atas persetujuan,” katanya.

Taubatlah Azmin! Jangan tipu rakyat! Jangan tipu bangsa sendiri!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.