Pages

Friday, November 25, 2011

Azmin Persendakan Anwar Ibrahim, Layak Jadi PM Ke 7 Di Sungai Buluh!


Hari ini Timbalan presiden PKR, Azmin Ali mempersendakan Anwar Ibrahim dengan menyatakan berikrar menyatakan Anwar Ibrahim akan jadi PM ketujuh! Pada hakiktnya beliau tahu Anwar kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat.

Ya betul Azmin... Anwar akan jadi PM ke tujuh... tapi di Sungai Buluh la hahaha... Angkuh dan Besar betul angan-angan Mat Jenin ni... PKR baru perintah satu negeri, itupun jadi boneka di Selangor... ada hati nak pegang satu Malaysia pirah!!

Dibawah kenyataan Azmin yang kononnya PKR mampu mengantikan UMNO di Kongres PKR!

PKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.



Tak payah kencing banyak lah.. tunaikan dulu manifesto yang belum tertunai!!!

5 comments:

  1. Cakap yang tidak berpijak di bumi nyata !!...semua orang tahu Anwar tu liabiliti kepada pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Azmin sebenarnya sangat terdesak. Dia tahu rakyat sudah hilang keyakinan mereka terhadap PKR. Dia hanya ingin menggambarkan bahawa PKR masih berkuasa supaya rakyat percaya ianya benar belaka.

    Dia tersepit.

    Selama ini rakyat telah memberi ruang yg luas bagi PKR membuktikan kemampuannya. Tapi mereka sangatlah terkecewa. Semua yg dijanjikan tidak ditunaikan. Habis apa lagi yang boleh diharapkan dari PKR ini....?

    Rakyat hanyalah insan kerdil yg akan memangkah wakil yg akan menjamin kebajikan mereka.

    sekian.

    ReplyDelete
  3. Anwar akan jadi PM ke 7...????
    Kedengaran bunyinya macam sama dengan PR akan ambil aleh Putrajaya pada 16 Sept...???
    MUSTAHIL bin AJAIB !!!!!

    ReplyDelete
  4. jangan cakap macam tin sardin kosonglah azmin..!! bagus kau pikir macam mana nak ganti anwar kalau anwar pi sungai buluh nanti..!

    ReplyDelete
  5. Kenapa Azmin tak buat post mortem cari sebab ramai pengikut PKR dan pemimpin PKR lari keluar parti?. Dato Seri Zahrain, Dato Zul Kulim,Dato Nalla Karupan. YB Wee , Ahli Parlimen Bagan Serai dan banyak lagi.Makna nya PKR sudah tak relevan lagi.macamana nak memerintah selepas PRU nanti?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.