Pages

Monday, November 21, 2011

Belum pun Bertanding PRU-13... Nurul Izzah Dah Mengaku Kalah!


Belum pun bermulanya pertandingan di Pilihanraya ke 13, anak kepada ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

Izzah juga mengakui bahawa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin lebih prihatin dalam membantu rakyat di kawasan Lembah Pantai.

Selain daripada itu Izzah sangat yakin bahawa Umno akan menurunkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi itu dalam pilihanraya ke-13.

Nurul Izzah Anwar kini dikatakan amat rungsing dan takut kehilangan kerusinya di Lembah Pantai!

Itulah YB Izzah ni buat kerja tak nak... tak habis-habis nak cari kesalahan orang lain, bila YB Umno masuk tawan kawasan dia, baru nak gelabah canai cerita yang bukan-bukan...



Izzah tak perlu memburukkan orang lain jika mahu mempertahankan kerusinya.. Sebaliknya  sebagai seorang Ahli Parlimen Izzah harus memperbaiki mutu berkhidmat kepada rakyat... 

4 comments:

  1. Apa susah kalah pun bapa dia boleh angkat dia jadi senator. Ptuihhhhhhhgv

    ReplyDelete
  2. Apa nak fikir sapa yg akan turun bertanding kat Lembah Pantai.. Baik dia jaga ranting-ranting kat situ sbb banyak sungguh ranting yg dah patah sana sini seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  3. Lain kali jaga rakyat kawasan sendiri, ini sibuk pasal nak cari e-coli dalam susu pekat KR1M. Tapi kalau dia kalah nanti pun tak apa, harta Ismeth diluar negara kan ratusan juta paun

    ReplyDelete
  4. Raja Nong Chik dilihat sgt cemerlang dlm tugasnya selama nie..dan tidak kedengaran apakah jasa Nurul Izzah dilembah Pantai.satu pertandingan yang baik

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.