Pages

Wednesday, November 9, 2011

Bob Lokman Akan Didakwa 14 Feb Kerana Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


Pelakon yang menyertai parti PAS Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beliau memberi keterangan selepas pegawai JAIS berjaya mengesan lokasinya. Beliau dikatakan memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi.

Menurut Bob katanya perbicaraan akan berlangsung pada 14 Februari depan.

Sebelum ini dilaporkan jabatan berkenaan telah mendapat waran tangkap kerana Bob engan memberi kerjasama.

Beliau enggan menghadirkan diri selepas diarahkan oleh jabatan berkenaan memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Apa celop Bob!

6 comments:

  1. kahkahkah...baru bela janggut sikit dah rasa diri ulamak nak bg ceramah....kahkahkah....ni la ulamak selipar namanya...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. hai lebai malang....tak yah tunjuk pandai kalau ilmu baru sejengkal. orang yang belajar agama bertahun-tahun pun masih takut untuk berceramah

    ReplyDelete
  3. apalah korang ni.... x de kerja lain ke selain mengutuk org? lagu isabella mmg terbaik... aku yakin bob mampu melakukan apa sahaja bidang yg dia ceburi... Mcm2 hyallah jais ni!

    ReplyDelete
  4. kalau mcmtu..xpyh la ceramah2. buat lagu je lagi baik :)

    ReplyDelete
  5. Ala setakat denda rm3000 apa ada kalau sekali ceramah duit donat dari ahli yang datang dah dapat puloh ribu, yang datang kalau 50 orang kali donat seribu dah berapa tu.. buat lagu berbulan baru siap jual, ini senalam rm50 reban beb..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.