Pages

Sunday, November 20, 2011

Golongan Artis Turut Teruja Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.

2 comments:

  1. Saya gembira dengan penyertaan pihak ARTIS, namun kita harap pihak Artis perlu jaga diri, adab dan sopan. Jangan datang ke perhimpunan seperti nak buat SHOW. Tolong sikit, jangan dijadikan fitnah oleh puak-puak munafik yang cuba mengambil kesempatan nie...

    ReplyDelete
  2. Artist? Malaysian really takes them seriously huh? Wow..that is just sooo cool! pfft

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.