Pages

Sunday, November 27, 2011

Hadiah Tahun Baru: Pakatan Pembangkang Tak Setuju PM Orang Melayu !!!


Tahniah! Tepok tepok tanganlah wahai Melayu PAS dan PKR!

Hahahahaha

Hadiah tahun baru hijrah... 


Kita tukar PM bagi kat sapa??


Guan Eng atau Karpal Singh?


Kah Kah Kah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan. 

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan. 

"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya. 

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu". 

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini. 

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. -MK

Jangan sampai menang sorak tapi kampung tergadai!!!

1 comment:

  1. Selama ni UMNO berkuasa penuh pun tak sebuk nak tukar pun.La...ni.....baru sebuk nak pi tukar nape......Betul yak?????? Betul......

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.