Pages

Thursday, November 3, 2011

Isu Beli Barang Kemas: DS Najib Buat Penafian Dari Mekah... Liwat, Video Seks, Anwar Apa macam?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Pembangkang bagaikan sudah kehilangan modal untuk berpolitik apabila terus mengamalkan politik fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas pembangkang kini gentar dengan sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri, sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk memburuk-burukkan Datuk Najib sehingga sanggup membuat fitnah terhadap keluarganya.

Menjelang pilihan raya nanti, sudah pasti banyak berita sebegini akan disiarkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Jika ingin mendapatkan sokongan, membuat cerita bohong atau fitnah bukanla caranya, sepatutnya buktikan kemampuan mereka dan barulah boleh dapat sokongan, bukannya menipu rakyat.

Anwar harus bersihkan namanya sama seperti yang Dato' Seri Najib lakukan, buat penafian dari Mekah.... Kalau tidak bersalah nak takut apa Datuk Seri Anwar Ibrahim!!

1 comment:

  1. noweismsepatutnya masa beribadah jgn ada pengawal disekeliling sbb bila dalam kubur nanti kita sorang2,yg ada cuma kala jengking dan ular serta binatang yg berbisa jadi kawan.bila amalan baik maka terangbenderang dan luas kubur kita.kat dunia bolihlah masih minta pertolongan sapa2.jgn jd alasan itu pembesar negara2,bagi ALLAH tak pandang beso mana pangkat kita,ALLAH cuma pandang AMALAN kita,walaupun seorang pengutip sapah jika amalan mulia maka dia yg lebih mulia dari pembesar negara.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.