Pages
▼
Wednesday, November 9, 2011
Kenyataan DAP Rasis! Mahu Buang Kerja Kakitangan Awam!
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua untuk memberhentikan setengah daripada kakitangan kerajaan yang yang tidak effisien sekiranya DAP memerintah adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan biadap.
Katanya, selaku bekas kakitangan kerajaan, kenyataan itu amatlah tidak rasional dan berbau rasis.
“Adakah kerana kakitangan kerajaan majoritinya adalah orang Melayu maka kenyataan tersebut dikeluarkan. Adakah dengan memberhentikan setengah daripada kakitangan kerajaan maka ekonomi negara akan menjadi lebih baik?
Menurut Zainal, rakyat harus menilai kredibiliti DAP sebagai pemimpin kerana sebagai pembangkang, parti itu memang tidak patut diberi peluang menjadi pemimpin.
“DAP sebenarnya sudah makin terdesak untuk mendapatkan perhatian rakyat dan seboleh-bolehnya mereka mahu memainkan sentimen perkauman. Sebab itu mereka membangkitkan sentimen ini.
“Pilihanraya umum sudah semakin hampir. Melihat akan perubahan arus politik yang semakin menyebelahi BN membuatkan DAP semakin gusar akan kehilangan kuasa.
“Sebab itu mereka sentiasa menimbulkan sentimen perkauman agar rakyat negara ini berpecah belah dan seperti biasa, mereka akan menyalahkan UMNO apabila rakyat bertelagah,” katanya.
Beliau tidak menolak, ada di antara kakitangan kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik tetapi jangan kerana seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit.
Oleh itu, Zainal amat berharap agar semua rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan sandiwara yang dimainkan oleh DAP.
Jangan mudah terpengaruh kerana sudah jelas, DAP amat terdesak untuk mendapatkan undi menjelang PRU 13 dengan memainkan sentimen perkauman!!
marah btol dengan kenyataan nie..mak ayah saya seorang guru dan memang diakui majoriti orang Melayu merupakan kakitangan awam.DAP memang rasis..Orang cina ramai yang kaya raya di Malaysia tetapi boleh hidup bersama kerana toleransi.DAP sememangnya rasis dan anak kpd PAP
ReplyDeletetanam hidup-hidup saja egen singapura ni!
ReplyDeletebunuh jer
ReplyDelete