Pages

Monday, November 14, 2011

Khairy Jamaluddin (KJ) : Beri Kebebasan Mahasiswa Aktif Politik!


Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.

"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka,” katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahad.

Khairy berkata, ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan UMNO tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.

"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan,” katanya. — Bernama

Kepercayaan patut diberi kepada pelajar universiti untuk mencari keseimbangan antara masa berpolitik dan masa belajar.



Isu politik tidak semata-mata merangkumi politik parti sahaja, terdapat pelbagai isu-isu politik yang boleh disuarakan dan dibicarakan oleh pelajar sebagai golongan intelektual yang mampu menjadi pemangkin kemajuan kepada negara....

Majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik.

Sudah tiba masanya kita ubah... tinggalkan cara politik old skool.. 

1 comment:

  1. Agak menarik dengan ucapan KJ nie.Diharap satu panduan yang efektif diberikan supaya memastikan pelajar diuniversiti benar-benar mewakili suara mahasiswa dan bukan merupakan alat part politik tertentu.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.