Pages

Friday, November 25, 2011

Laman Web 1Malaysia Di Gondam!


Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak www.1malaysia.com.my telah digodam awal pagi semalam dan sehingga kini masih dalam penyelenggaraan..

Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa laman web tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.

Penggodam turut meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.

Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat ‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.

Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.



Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup untuk sementara waktu.

Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

1 comment:

  1. Yea.
    Pihak K'jaan sentiasa baik hati.
    Baik hati sampai orang lain pijak kepala kita.

    Sampai bila kita yg sentiasa memberi bantuan kpd mereka tapi dia membalasnya dgn penghinaan memanjang? Sampai bila?

    sekian.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.