Pages

Thursday, November 24, 2011

Panas Nurul Izzah Dibelasah Dalam Dewan Rakyat! Malu Siot!!


Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat semalam, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.

Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.

"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.

''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.

"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya.

Dalam pada itu beliau mengesahkan wujud gangguan seksual oleh seorang komandan sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Ledang, Johor, ke atas seorang pelatih wanita pada pertengahan Oktober lalu.

Beliau berkata, tindakan tatatertib serta-merta telah diambil ke atas komandan tersebut selepas siasatan mendapati aduan mangsa berasas dan selepas ini, tindakan undang-undang pula akan menyusul.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan polis Tangkak tetapi di peringkat kementerian, kita telah menukar komandan ini dengan serta-merta. Pada masa yang sama dia tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang mengikut perkhidmatan dalam tentera," katanya menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Like father like daughter, ada mata tapi buta, ada hati mati. Kan dah dapat pengajaran yang bermakna!

4 comments:

  1. inilah namanya bodoh tak dapat diajar. pemimpin anak-beranak (NEPOTISM)pilihan PKR. parti anak-beranak.

    ReplyDelete
  2. Memang bodoh tak bertempat,orang dah jawab banyak kali dalam dewan dia ponteng pulak.Lepas tu tanya balik soalan yg sama berulang2 kali macam orang mental.

    Budak izzah ni tak layak jadi MP.Kalau tak pasal bapaknya jadi ketua gerombolan pengkianat siapa nak calonkan budak mentah ni?

    ReplyDelete
  3. memang betul pun, si najib ada skandal scorpion kalau tak betul tak kan hantu altantuya selalu mengacau

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.