Pages
▼
Friday, November 11, 2011
Khairy Jamaluddin (KJ) Bidas PKR Dalam Isu Apartment Dan Projek NFC!
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tuduhan liar pembangkang berhubung Isu Apartment dan Projek NFC tidak berasas dan hanya mahu memesongkan rakyat semata-mata.
Dipetik dari Rembau.net Khairy berkata PKR sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC). Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartment One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah?
PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api.
Mengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC.
Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi. Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi.
Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC.
Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi? Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu.
Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat. Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas.
Saya rasa walaupun penjelasan diatas amat logik dan munasabah khususnya dari sudut perniagaan di mana pelaburan dibuat sambil menunggu kelewatan projek yang disebabkan faktor di luar kawalan NFC dan NLMC, PKR akan tetap mempolitikkan isu ini dan tidak akan menerima penerangan yang diberi. Tetapi walau apa pun tohmahan palsu yang diberi oleh PKR, kebenaran alam kes ini sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang tidak prejudis. Dalam kes apartmen One Menerung, pengurusan NFC dan NLMC telah membuat keputusan untuk melabur duit yang masih tidak dapat diguna disebabkan kelewatan operasi supaya mendapat pulangan. Hujahnya mudah dan jelas. Baca lagi...
pakatan rakyat suka menipuu...
ReplyDeletepenjelasan KJ tidak menyakinkan langsung..rakyat kini lebih bijak dalam menilai mana yg benar dan mana yg salah.
ReplyDelete