Pages

Saturday, November 26, 2011

Rakyat Kelantan Perlu Tuntut Hak Bekalan Air Bersih!

'Berhentilah Nik Aziz; Pas Tipu Rakyat!! Pade doh weh, tok wakil Pas kayo doh (Cukuplah setakat ini, wakil rakyat Pas sudah kaya).

Rakyat Kelantan tidak perlu berterusan membiarkan diri dan anak-anak mereka ditimpa musibah akibat kegagalan Kerajaan Pas negeri itu menyediakan bekalan air bersih.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sudah tiba masanya rakyat negeri itu bangkit menuntut hak mereka yang selama ini dinafikan dengan menghukum Pas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Sikap sambil lewa terhadap negeri yang ditadbir menunjukkan identiti sebenar pembangkang. Mereka lantang mengkritik kerajaan Pusat tetapi tanggungjawab kepada rakyat negeri mereka abai.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang terbukti sentiasa mengambil berat soal keperluan asas seluruh rakyat, apatah lagi air adalah soal hak asasi rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kualiti air di Kelantan yang berada pada tahap paling teruk di negara ini kerana dicemari dengan pelbagai logam berat serta bakteria berbahaya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyelar sikap Kerajaan Pas Kelantan yang terlalu asyik berpolitik sehingga lalai dalam aktiviti pembangunan negeri.

Menurut Zulkifli, Islam bukan hanya terhad kepada soal hudud kerana hukum tersebut hanya meliputi 0.01 peratus sahaja daripada agama itu.

Katanya, masalah pembangunan, bekalan air, pendidikan, perumahan dan pekerjaan juga termasuk dalam Islam, namun tidak diberi perhatian sebaiknya oleh Kerajaan Pas Kelantan.

"Kenapa tidak tumpu perkara itu? Kalau orang pergi curi air bersih takkan hendak potong tangan pula? Sudah tentu keadaan air kotor dan beracun memaksa mereka berbuat begitu," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menolak dakwaan kerajaan negeri Kelantan lalai sebaliknya beliau meletakkan kesalahan itu terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).

Pada masa sama, beliau mendakwa keadaan tersebut berlaku disebabkan sikap kerajaan Pusat yang tidak memulangkan royalti minyak kepada negeri itu.

"Sekiranya kerajaan Pusat peka dengan nasib rakyat, hulurkan bantuan kepada penduduk Kelantan," ujarnya.

Kepada soalan mengapa kerajaan negeri Kelantan menolak alternatif yang dicadangkan SPAN dan ke mana perginya peruntukan RM600 juta yang diberi kerajaan Pusat, beliau enggan memberi sebarang ulasan. -Utusan.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.