Pages
▼
Friday, November 25, 2011
Rasis, Biadap... Polis Siasat ADUN Komtar!
Puak DAP serpihan dari PAP Singapura memang dari dulu lagi kita kenali sebagai parti yang rasis, sombong dan angkuh! Mereka ni pantang berkuasa... Bila berkuasa mereka akan menjadi raja kepada segalanya!
Terbaru, Polis akan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Ng Wei Aik berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap wakil rakyat itu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, polis juga akan memanggil beberapa saksi lain untuk direkodkan keterangan mereka.
"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat, kita akan panggil mereka yang terbabit dengan kejadian itu termasuk ADUN berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang semalam.
Peniaga barangan lusuh, Sarimah Packeer Mohamed, 43, semalam membuat laporan polis mendakwa Ng telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina suaminya seorang warganegara Bangladesh di hadapan orang ramai ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran rumah kedai di Jalan Gudwara kemarin.
puak-puak nilah yang disokong oleh PAS...
ReplyDeleteCukup-cukuplah orang Pinang. Tukaq malaun DAP ni. Bodo. Sian aku nengok. Beruk lepas dari hutan, mcm tu la.
ReplyDelete