Pages
▼
Friday, November 18, 2011
Simpanan Di Bank Israel : Nurul Izzah Di Desak Beri Penjelasan
Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mencabar Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.
Beliau menjangkakan pemimpin PKR ini sudah pasti akan membuat penafian tentang hal tersebut biar pun bapanya mempunyai hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh kanan Yahudi.
“Sebagaimana bapanya, Nurul Izzah tentunya akan menafikan, justeru saya cabar dia membuat tuduhan ke atas BN dan UMNO bahawa kononnya ini adalah dakyah sebagaimana mudahnya Anwar menuding jari apabila timbulnya isu berkaitan dirinya termasuklah kes perbicaraan di mahkamah,” katanya.
“Jika dilihat kepada tahun tertera di akaun terbabit iaitu 1996,1997 dan tahun berikutnya bermakna ketika ini bapa Nurul Izzah adalah Menteri Kewangan sedangkan Nurul Izzah ketika itu masih budak dan masih berhingus.
“Mungkin akaun ini dibuka atas nama Nurul Izzah sebagai tempat untuk melonggokkan segala hasil yang disamun dan dirompak sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online.
Katanya, tentunya duit tersebut dikumpulkan untuk pelaburan masa depan manakala untuk PKR pula akan disamun dari tempat lain pula.
“Sekiranya Anwar dan Nurul Izzah gagal memberikan penafian berkaitan akaun terbabit maka janganlah mereka ini marah sekiranya ada di kalangan rakyat yang menuduh mereka sebagai perompak dan penyamun,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan rakyat khususnya anggota PKR sendiri agar sedar daripada perjuangan sia-sia dalam parti terbabit.
“Janganlah bermati-matian mahu mebela Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup menggadai harta benda, tanah dan kenderaan semata-mata atas nama perjuangan kerana itu semua adalah penipuan,” ujarnya.
Berita terdahulu: Nurul Izzah Ada Akaun Puluhan Juta USD Di Israel
Duit kegiatan haram disimpan di Bank Israel supaya tidak dpt dikesan oleh negara. Semua org tidak akan terfikir utk simpan dinegara yahudi kerana tidak mempunyai hubungan langsung dengan zionis.
ReplyDeleteKome beritahu la si zahid tu..tak payah la nampak bodoh sgt..buat la homework sikit..nih semua nk telan bulat2. Tau la muka kamu bulat...cam nih nak jadi pemimpin? malam sikit KAHKAHKAH
ReplyDeleteKALAU NAK MENIPU PUN, PANDAI-PANDAILAH.
ReplyDeletePassport no pun sama dengan passport no Marina Mahathir. Sila ke link di bawah.
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10374
Ni mesti keje lembu NFC kah kah