Pages
▼
Friday, December 23, 2011
Adam Adli Terima Notis Tatatertib UPSI
Adam Adli, aktivis gerakan pelajar underground yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di PWTC Sabtu lalu hari ini mengesahkan dia telah menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Adam seperti dilaporkan FMT berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkannya hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.
Dia mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.
“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya ketika ditemui membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Adam yang ditemani peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.
Fadiah yang merupakan peguam pilihan PKR dari LFL (lawyers for Liberty) menuduh individu yang mengugut Adam itu, bernama Ruslan Mokhtar adalah seorang anggota polis.
“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya”, katanya.
-AIDC
berani buat berani tanggung...aku rasa budak ni berani...kalau setakat buang tu no hal punya....pas boleh bantu untuk dapatkan keje jaga parking masa ceramah ...pkr pun bantu untuk menjadi pembantu pada anuar...
ReplyDeletetugas UPSI ambil tindakan tatatertib buang dari pengajian....kalau tak ambil tindakan ini bermakna UPSI pun penakut lah macam menteri haprak KDN asyik bagi warning aje....
sombong betul la bdk jahanam ni..ko yg kurang ajar tanggung la apa yg ko dah buat bangsat oi..upsi pun ada peraturan dia juga..klu ada student dia yg mencemarkan nama baik dia salah ke dia ambil tindakan..ko ingat ko sapa sampai semua org nak ikut ckp ko, upsi nak kena dgr ckp ko, degree pun blom ada, dah nak sombong...
ReplyDeleteApa hebatnya mahasiswa tu. Beratus ribu yang dah jadi mahasiswa dan keluar Universiti dan yang telah berjaya dengan kerjaya yang hebat atau ahli politik tak sombong macam kau. Setakat UPSI keluar esok pun harap kerajaan bagi kerja guru nak tunjuk bongkak dasar tak sedar diri.
ReplyDeletenok...tak baik kata org gitu..kita tak tau citer yg sbnrny..lg pon rezki bkn manusia yg tentukan..suma di tangan Allah..awk tu blom tentu lg nikmaT yg awk ade selamanya jd milik Allah..muhasabah blk pd diri kita...smg kebenaran akan allah tunjukkan..bia pun lmbt..
ReplyDeletekawan,jangan cakap begitu pada adam adli,budak ni sebenar nya pandai,betul di pandai.tapi dia pandai bukan lah bedasar kan akedemik tapi pandai membuat onar.dlm erti kata yg manis budak yg tiada masa depan,tunggu masa nak melingkop je,tugas tebaru dia jadi juru tolak kerusi oku karpal sing la
ReplyDelete