Pages

Saturday, December 10, 2011

Bosan Di Kudakan... Azizan Nak Serahkan Kedah Pada UMNO

"Jib..Aku nak serah balik la Kedah ni kat hang...dah tak larat dahhh.."

MB Kedah Ustaz Azizan yang sering di pinggirkan oleh PAS Kedah, khabarnya mahu menyerahkan negeri itu kepada UMNO...  Betul ke story ni? Kalau betul Mahfuz Omar kena kerja keras siang, malam... kalau tak jual cendol balik la jawab nya....

Aku petik story ni dari blog dukeofumno

Aku dengar, marah sungguh puak-puak PAS Kedah apabila melihat Azizan Razak begitu akrab dan mesra dengan Najib ketika LIMA 2011 sedang berlangsung di Langkawi. Depa kata macam-macam kat MB Kedah tuuu...

Dengarnya, Azizan dikatakan bersekongkol dan rapat dengan Najib yang merupakan Presiden UMNO. Kalau ikut fatwa Khalid "gereja" di sini, Azizan boleh dikatakan "ultra-Najib"! Padahal, pada pandangan aku, puak-puak PAS ni memang tak tahu latar belakang hubungan Azizan-Najib yang sememangnya rapat dari dulu!

Sebenarnya, Azizan ni rapat dengan Najib sebab masa dia dok kat oversea dulu, dia dikhabarkan dok satu rumah dengan salah seorang adik Najib. Sebab tu la depa rapat sampai sekarang...

"Nanti sat..aku check dulu dengan Tok Bashah..Geng UMNO ready tak nak take over Kedah balik..."


Cuma, Azizan join PAS saja. Itu saja bezanya. Tapi perbezaan tu tak menjadikan mereka musuh atau putus silaturrahim, kan?

Tak macam puak-puak PAS yang dok guna fatwa haramkan kahwin dengan orang UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak mau berimamkan orang UMNO, tak mau solat di masjid UMNO dan sebagainya. Tu semua belajaq dari "fatwa" Mursyidul Am dan Presiden PAS la tu...

Sebenaqnya, Azizan ni memang cool. Rakyat suka dia. Yang tak suka dia ialah Exco Kedah dan puak-puak PAS yang dok ligan projek kat negeri tu. Dia rasional dan tak jumud macam puak-puak PAS lain...

Cuma, totoknya pada PAS memang ada. Dia baran dan cepat naik hangin kat orang-orang PAS sendiri. Maklum laaa..perangai orang PAS kan buruk...lagi buruk dari orang UMNO. Sebab tu Azizan layan orang UMNO dan "bolayan" kat orang PAS di Kedah...heh!

Khabarnya, Azizan sendiri dah give-up untuk PAS terus memerintah Kedah. Buktinya,dia pernah bagitau kepada salah seorang "Datuk" di Kedah bahawa dia dah malas nak pikul tanggungjawab MB Kedah. Bukan pasal dia "pemalas", tapi pasal dia tension gila terpaksa mengadap kerenah puak-puak PAS sendiri!


"Ermmm..kalau ikut buku ni..UMNO Kedah dah ready..camana? Bila nak serah?"

"Kalah pun takpa, dah malaih (malas) dah nak layan depa (Exco dan puak-puak PAS Kedah)," kata Azizan yang di "off-record"kan.

Tak payah la tanya "Datuk" mana yang bagitau aku tu. Aku cuma boleh bagi "hint", "Datuk" tu memang agak rapat dengan Azizan dan selalu tolong settle masalah MB Kedah tu...hangpa cari la sendiri...lagi pun aku dah janji tak mau dedah identiti "Datuk" tu...

Berdasarkan statistik di sini, hangpa rasa BN boleh ambik balik Kedah tak? Heh? Nanti aku cerita pandangan aku...hahahahaaaaa...tunggu..!!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.