Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.
Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.
Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Bebas itu.
Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.
"Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.
Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."
Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.
"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.
Karpal diarah keluar dewan
Sementara itu sikap ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang mencabar keputusan timbalan speaker Dr Wan Junaidi mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.
Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'pendatang' yang ditujukan terhadap Gobalakrishnan.
Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.
"Perkataan 'pendatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat... tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.
Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran 'pendatang' itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.
"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.
Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
- Bernama
dulu satu kapal, sekarang satu kapal juga lain kapitan....parti pembangkang ni mcm tu lah memang tak ada standard langsung, parti haru biru, belum lagi dapat memerintah dah mcm2 hal....dulu anuar dlm umno Mat Sabun kata Anuar aljuburi ...lepas tu Anuar kutuk pulak Nik Aziz ulamak terompah...lepas tu kapal sink kata "anuar harus bertaubat"lepas tu dia jadi pulak lawyer Anuar yg dok tarkul bontut saiful....keh keh keh...macam ini punya haprak pun masih ada yg sokong..aku pun heran macam mana punya biul penyokong2 ni, ehh ada lagi "langkah mayat saya kalau mau bikin negara islam kata kapal sink pada Nik Aziz dan terus kecut telor dan tukar pada negara berkebajikan????k,tan dah 20 tahun pas memerintah isu air pun tak selasai...
ReplyDelete(pakatan rakyat)pembangkang kat Malaysia ni la pembangkang paling bodoh dan bangang dalam dunia....
ReplyDeleteSeperti biasa, politik wang. Gopal dibayar dek UMNOgok & anjing ikutannya, MIC. Lepas pilihanraya tahun depan, jika Gopal menang lagi sebagai ahli bebas pasti dia join BN. Malas nak layan komen2 penyokong BN, umpana katak bawah tempurung.
ReplyDeleteamat tidak berpaptutan mengatakan orang lain sebagai "pendatang"bila mana kita semua sudah dikenali sebagai rakyat Malaysia
ReplyDelete