Pages

Friday, December 9, 2011

Hasan Ali Disabotaj... Digugurkan Sebagai Calon...


Seperti yang dijangkakan... Hasan Ali tidak akan dapat bertanding pada PRU ke-13 dan usaha untuk mensabotaj beliau telah pun bermula... Ini juga kerana terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.

Hari ini PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan Ali tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan Ali diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

Hasan Ali, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama manakala exco DAP di lihat lebih berkuasa di Selangor.

6 comments:

  1. bukti PAS hanyalah parti politik semata

    ReplyDelete
  2. Orang yg menegakkan undang2 Islam disisihkan Nik Aziz???Mcmane nk laksanakan hukum Hudud ni??Apalah yg ada pada Nik Aziz...Team Pro ANwar da kongka dalam jawatan tertinggi PAS...aku penyokong PAS yg da mula sedar...aku ttp akn sokong hasan ali...bg team pro anwar siapla wahai kamu semua...PRU kali ni terokla PAS...kau sendiri sabotaj org2 kt sendiri kan...

    ReplyDelete
  3. Hasan Ali better dr Nik Aziz...

    ReplyDelete
  4. Teruskan berjuang Dr Hassan .... Walaupun terpaksa beralih arah ...... Semangat mu menegakkan syiar islam diperlukan zaman ini.... Banyak parti lain yang memerlukan anda untuk mengukuhkan kedudukan orang islam melayu ....... teruskan berjuang ....

    ReplyDelete
  5. hasan ali pengkhianat dalaam pas! mmg patut di gugurkan...

    ReplyDelete
  6. Hasan Ali juga merupakan Individu yang lantang bersuara ketika kemelut DUMC antara Kerajaan Selangor dan seorang pemimpin PAS yang selalu mempertahankan gereja . tidak wajar beliau di gugurkan!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.