Pages

Friday, December 23, 2011

Khir Toyo Didapati Bersalah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.

Ini menunjukkan sistem keadilan di Malaysia telus dan adil dan tidak ada pun orang UMNO membuat Demo. Ini juga menunjukkan UMNO menghormati keputusan mahkamah dalam membuat keputusan.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

3 comments:

  1. Salah tetap salah,x kire mana punye parti politik,so hormati la perlembagaan undang2 ye!!! Kpada ANUAR aljubohri..trima je la apa2 kputusan pda 9 januari nnti dgn hati yg terbuka..peace yawwwwwwwww

    ReplyDelete
  2. MAT SABU YANG MENGGELARKAN ANWAR IBRAHIM "ANWAR ALJUBURI" BUKAN UMNO DAN SEKARANG PKR BOLEH TIDUR SEKELAMBU DENGAN PAS DAN DAP BETUL PUNYA HIPOKRIT.
    Senarai Pemimpin PKR keluar parti
    Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
    Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
    Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
    Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
    Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
    Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
    Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
    Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
    Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
    Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
    Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
    Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
    Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
    Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
    Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
    Datuk Zaid Ibrahim
    Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
    Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
    Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
    Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
    Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
    Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
    Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
    Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
    Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
    Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
    Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
    Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
    Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
    Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
    Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
    Adun Lunas - Md Radzi Salleh
    Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
    Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
    Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

    ReplyDelete
  3. apa la bangang puji org x buat demo utk org bersalah =..=" kalau dah terang terangan salah and orang lain buat demo tu kira sama la pemimpin ngan org dipimpin otak letak kat kepala lutut, itu pun nak bangga? rasuah berjuta penjara setahun, lepasni didapati tidak bersalah terus takde hukuman. familiar?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.