Pages

Wednesday, December 21, 2011

Mahasiswa Pro-A Tuntut Saifuddin Berundur


Lebih kurang lima ratus mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan.

Kumpulan yang diketuai presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah itu berkumpul di satu padang di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi hampir dua jam petang ini sambil melaungkan slogan.

Mohd Sahar dalam ucapannya di hadapan kumpulan itu antara lainnya melaungkan bahawa Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus."

"Kami sayang perdana menteri kami," kata Mohd Shahar yang turut mengetuai kumpulan itu untuk melaungkan slogan "hidup Najib" dan "kami sayang Najib" sambil berarak ke arah bangunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian sebagai perhimpunan balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur pada hujung minggu.



Memorandum pertama diserahkan kepada Tuan Haji Khairi Malek selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.



Kumpulan pelajar ini menuntut supaya Datuk Saifuddin Abdullah turun berhadapan dengan mereka sebagaimana beliau berhadapan dengan mahasiswa dari kumpulan SMM tempoh hari.


Namun sesuatu yang menarik dapat diperhatikan melalui perhimpunan mahasiswa Pro-Aspirasi ini kerana turut kelihatan mahasiswa berbangsa Cina dan India turut serta menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri selain membantah tindakan biadap Adam Adli.

Pemimpin Pelajar Berbangsa India Turut Berucap di hadapan 500 Mahasiswa


Mahasiswa dari UPSI menyatakan sokongan kepada PM

"Step Down Saifuddin" antara sepanduk yang dinaikkan oleh kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi



Gambar ehsan dari Double Y

5 comments:

  1. cara mcm ini baru betul... tak la jd beruk mcm robot anwar!

    ReplyDelete
  2. Bagus!

    Cara begini memang sangat terpuji!

    ReplyDelete
  3. anda memang mahasiswa/siswi yg sebenar dan hebat...

    anda harapan negara...

    jadilah mahasiswa/siswi harapan agama, bangsa dan negara MALAYSIA.

    ReplyDelete
  4. Dibuat dengan tidak mendatangkan provokasi..Nak bantah auku tapi langgar rumah orang dan menurunkan bendera sudah terang-terangan berperlakuan kurang ajar ibarat memasuki orang orang dan tidak membuka kasut bagi melayu.Pada hemat saya,adam adli tidak layak digelar pejuang mahasiswa dengan keadaan dimana beliau diapit rapat oleh Anwar Ibrahim ,Chekgubard dan lain-lain.

    ReplyDelete
  5. bagi saya dato saifuddin perlu kekal.. beliau bukan mesra dgn pro mahasiswa... tetapi bagi saya beliau adalah someone yg profesional berhadapan dengan gelombang mahasiswa.. pemimpin begini adalah terbaik bagi saya... sekian...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.