Pages
▼
Wednesday, December 14, 2011
Nurul Izzah Risau PKR Hilang Sokongan Orang Melayu... Berkuburnya Sebuah Reformasi !
Nurul Izzah ternyata kecewa apabila PKR kehilangan sokongan dari orang melayu... sekaligus akan memberi kesan yang buruk kepada parti tersebut dan akhirnya berkubur lah sebuah reformasi yang sering dilaungkannya...
Sambil mengakui serangan Umno boleh memberi kesan ke atas pangkalan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka akan memfokus usaha-usaha menghapuskan kebimbangan kononnya hak orang Melayu berhadapan dengan risiko di bawah pemerintahan mereka kelak.
Naib Presiden PKR ini berkata sokongan orang Melayu mengalami kesan sejak Umno melancarkan kembali serangannya.
...kami perlu menangani perkara ini, mengulangi dan mengingatkan rakyat ketika ceramah, kemungkinan menerusi risalah. Apatah lagi politik adalah persepsi,” kata beliau.
Kalau Naib Presiden PKR dah cakap macam ni... penyokong PKR nak tunggu apa lagi? takkan nak sokong sampai lebam?
Dah ternyata UMNO parti keramat! Parti orang melayu... usah lah nak nafikan lagi...
Perbezaan UMNO dan PKR
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation) ; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR.
Adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
PKR hanya lah parti serpihan yang lahir dari orang kecewa atau lebih di kenali sebagai parti keluarga Anwar Ibrahim.
Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998.
Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan besar-besaran di jalanraya untuk menentang kes liwat Anwar dan kerajaan Barisan Nasional, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya.
Sasaran kempen reformasi ialah merealisasikan impian Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri Malaysia.
Kajian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan graf populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim jatuh merudum selepas Ogos 2009.
Kajian itu dilakukan oleh Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan lima pemimpin iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Populariti Najib Tun Razak mula meningkat sejak Ogos 2009 (50 %) kepada 52% pada Ogos 2010 dan terus meningkat kepada 55% pada Julai 2011.
Sebaliknya, Anwar Ibrahim yang bermula dengan kedudukan 46 % pada Mac 2008, mula merosot kepada 37 % pada Oktober 2008 hingga Ogos 2009 dan jatuh merudum kepada 26 % pada Ogos 2010 dan jatuh lagi kepada 21 % pada Julai 2011.
Manakala, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Sepatutnya, sebagai Ketua Pembangkang, populariti Anwar lebih meningkat berbanding dengan Nik Aziz dan Guan Eng, namun berlaku sebaliknya.
Di antara ketiga-tiga pemimpin pembangkang, Anwar satu-satunya tokoh yang mengalami kejatuhan populariti yang paling teruk.
Persoalannya kenapa Anwar yang asalnya dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri pada Mac 2008, akhirnya popularitinya jatuh merudum selepas Ogos 2009 ?
Adakah berpunca dari kegagalan projek 16 September 2008, kes liwat II dan kes skandal video seks bersama pelacur ?
Berjayakah parti-parti kompenan Pakatan menampung liabiti Anwar itu atau parti-parti kompenan juga akan turut terpalit sama dengan liabiliti yang dibawa Anwar itu ?
PKR parti yang penuh kepalsuan... Apa lagi, tinggalkan sahaja PKR itu,Parti serpihan untuk matlamat peribadi dalam sejarah memang tak akan bertahan lama.Parti jalanan yang sibuk dengan laungan reformasi... PKR bukan parti yang patut dijadikan pilihan.
ReplyDeletetunggu la.. kita tengok sapa kuburkan sapa! Aku yakin Najib PM yg terakhir! Remormasi akan tetap di teruskan,,, jgn cabar rakyat!
ReplyDeleteUMNO untuk Alif Ba Ta, Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, perjuangan yang amat murni,Barisan Nasional pula untuk membangunkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
ReplyDeletePKR kini adalah sebuah Parti yang sedang retak dan menanti belah,Sebelum kapal berlubang-lubang ini karam, eloklah selamatkan diri. Tinggalkan nakhodanya yang Zaid sebut punyai masalah peribadi yg dia perlu selesaikan sendiri.
Mari kita bantu Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri dalam bahtera 1Malaysia yang menuju kemajuan untuk semua rakyat di kota & di desa, berdasarkan prinsip keadilan sebenar.
Pale otak mu la anon 10:58 Reformasi apa yang ko cakapkan? Rakyat mana yang akan bangkit? Rakyat keturunan Melayu akan bangkit sekiranya kuasa orang melayu di hapuskan. Bukan mcm ko reformasi tak bermatlamat hanya laungan kosong. Pooooooodah
ReplyDeletetok ayah bahasa jgn kurang hajar sgt... berilmulah sikit bila berkata2...
ReplyDeleteApa kesalahan dalam kata2 saya2. Kebenaran harus ditegakkan bukannya kuasa yang bangkit dari laungan yang sudah basi. HIDUP MELAYU.
ReplyDeleteAnon 10:58 anda sdh cukup ilmu ke brckp mcm tu? X nmpk lg ape yg kerajaan lakukn dr dulu smpai skrg?ape kamu d kenakn tindakan darurat x boleh p skolah utk blajar,keje utk cr rezeki atau kamu d halang utk mlakukn ape2 aktiviti yg kamu nk lakukn?kamu yg harus berfikir sblum berkata sesuatu...laungknlah reformasi kamu yg x tentu hala tujuan dari same2 membangunkn agama bangsa dan negara...
ReplyDeleteTidak dapat tidak orang melayu perlulah mengakui bahawa kejayaan yang dinikmati oleh orang melayu pada hari ini adalah usaha UMNO yang berterusan menjaga orang Melayu dalam memastikan survival bangsa melayu.Memang ada pemimpin UMNO yang dilihat bermasalah tetapi jangan lupa bahawa UMNO itu adalah satu identiti yang sangat baik dalam diri setiap orang Melayu.Berbanding dgn PKR yg hanya wujud atas dasar dendam dan memperjuangkan keluarga.
ReplyDeletebg sy, perjuangan pkr lebih kpd perjuangan anwar ibrahim yg mahu jd pm..pkr dlu pn ditubuhkan utk membantah penahanan anwar..mereka duk smbg psl kronisme dan nepotisme dlm bn..sedangkan dlm pkr juga seolah2 dikuasai keluarga anwar sdri..
ReplyDeleteParti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
ReplyDeleteSila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
Kami Boikot Utusan Malaysia, UMNO Kaki Fitnah, Gelombang Reformasi II, Perajurit Keadilan, Kami Boikot Buletin Utama TV3
kesimpulan yang saya nampak tertolak nya pemimpin pemimpin ini..orang melayu masih ramai yang boleh berfikiran waras dan juga dapat mengenali fakta dari hayalan..mereka masih ada iman...
ReplyDeleteinsyallah malaysia akan aman dan damai kerana ada nya mereka ini...
patut pun nama PKR parti kuat reformasi...
ReplyDelete