Pages
▼
Sunday, December 4, 2011
Penasihat Agama: Hudud PAS Kelantan Bertentangan Hukum Allah !!
Malaysiakini hari ini melaporkan, Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.
Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.
"Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”
Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.
Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.
"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”
PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.
Kita tunggu apa Nik Aziz nak kata...
baca komen disini: https://www.facebook.com/groups/umnotumpas/permalink/323594834319168/
ReplyDeletePAS + Parti Ajaran Sesat!!!!
ReplyDeletediharap draf yang dikemukakan oleh PAS dapat didedahkan oleh Bro Jinggo supaya reader lagi jelas dgn isu ini.Tapi kenyataan yang dikemukakan oleh Ustaz kamal tue sangat menjawab dan membuktikan hudud versi PAS tidak relevan
ReplyDeleteUmur bawah 18 tidak dikenakan hudud bukan bermakna mereka akan terlepas dari hukuman, mereka akan kena hukum juga di bawah hukuman takzir! Hukum liwat suami isteri tetap haram, mereka cuma tak dikenakan hudud tapi tetap kena takzir. Ulamak umno perlu baca banyak kitab sebelum beri pandangan tentang hudud...!
ReplyDeleteAllahu Allah. betol ka dia ni Ustaz? Kenapa jahil sangat? Dah habis ke belajar fiqh? Yang tu bukan ulama' PAS kata, ulama' PAS cuma qoute qaul mazhab Hanafiyy & Maliki.. Masya ALLAH..Elok la bekwan dengan hat sorang tu dok pelekeh Imam asy-Syafiee..hmm..kesian kat hampa ni..
ReplyDelete