Pages

Thursday, December 8, 2011

Penganjur Flashmob Diberi Amaran Melalui Facebook !


Kuala Lumpur City Park Bhd, KLCC Urusharta Sdn Bhd dan Suria KLCC Sdn Bhd, telah memberi amaran untuk mengambil perintah mahkamah terhadap penganjur "Flashmob 1000 Malaysians Apreciate Christmas Tree'.

Ini ekoran surat dari firma guaman Zul Rafique & Partners, yang mewakili ketiga-tiga syarikat yang beroperasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) itu.

Ia dialamatkan kepada pensyarah Universiti Monash, Wong Chin
Huat, dan diserahkan melalui tangan dan juga kepadanya dan enam yang lain melalui Facebook bahawa perintah mahkamah mungkin diperolehi terhadap mereka berhubung penganjuran acara itu pada hari Sabtu di KLCC park.

Selain Wong, mereka yang menerima notis melalui Facebook itu ialah Vienna Looi, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tan, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa. Dipercayai ini adalah kali pertama notis seumpama itu dihantar oleh firma guaman melalui Facebook.

KilltheBill.org, yang merupakan anggota Kempen Jom Ke Jalan, terkejut menerima surat peguam yang mewakili KLCC untuk memohon perintah mahkamah itu.

Haha! Lain kali buat lah lagi perangai tak senonoh kat KLCC.. Orang ramai pun dah naik meluat dengan perangai puak tak cukup akal ni...

Flash mob (atau flashmob) ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.-wikipedia

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.