Pages

Tuesday, December 20, 2011

Riuh Satu Kampong... Azwan Nok Canang Abangnya Azmin Ali Bakal MB Selangor!


INI kes syok sendiri, pengacara Azwan Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tweet kata dia dapat sumber sah, abangnya bila-bila masa akan jadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Di laman sosial twitternya @azwanNur pada Ahad tulis begini "Slm. Ko MEROYAN lah 30 hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?,"

Tweet tersebut bertarikh 18 Disember jam 8.24 malam.


Kawan pun mulanya tidak sedar, tapi bila timeline (garis masa) di twitter kawan asyik terbaca pasal Azwan buat self-proclamation abang dia hendak jadi MB, kawan pun tertarik juga hendak baca.

Apabila buka saja akuan twitter Azwan, baca tweet-tweet dia, terasa alahai...syok sendiri punya kaki.

Ada kawan-kawan yang turut baca tweet-tweet dia bagi macam-macam komen lucu yang rasanya tak perlu disebut di sini.

Selain tweet merencam tersebut, ada macam-macam tweet lagi termasuk yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Kok ya pun nak sokong abang sendiri, tak payahlah guna bahasa bukan-bukan sampai menjatuhkan martabat sendiri sampai naik geli geleman orang membacanya.

Contoh tweetnya begini "Slm. MEDIA SOSIAL! Kata PM? IN DEMAND! Hellooo? Demand Satu Hal? Budaya BIADAP MAKI OWANG Direct mana mana Laman Owang? Ko buat Apa?"

Banyak lagi contoh, termasuk yang bahasanya kurang sopan.

Seorang kawan yang mulut lazer sikit kata mungkin Azwan dah 'miang politik' kot akhir-akhirnya pasal namanya sebagai pengacara makin tenggelam.

Ikut cakapnya dia cukup naik senak perut kalau tengok Azwan tampil di televisyen sebagai pengacara.

"Tah apa-apa melalut...," katanya.

Yang peliknya, abang dia tak malu ke tengok gelagat adik macam itu? atau abang pun syok juga sebab dicanang bakal MB baru oleh adik sendiri...

Tentu Tan Sri Khalid Ibrahim geli kena geletek.

-Agendadaily

2 comments:

  1. si azwan ni datang bulan 30 hari tiap2 bulan...tu yg paneh miang tu...

    ReplyDelete
  2. kalau AA menang sedaplah Azwan dapat jadi pengacara SelangorKini lepas tue sembang politik.Nampak sedikit gila kuasa disitu dan ada ke kredibiliti Azmin nak jadi MB sedangkan pengalaman dia hanyalah setiausaha sulit anwar

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.