Pages

Friday, December 30, 2011

Selangor Dulu Maju Sekarang Kotor


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula hari ini hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya.

Sumber: Sahabat Gunung

3 comments:

  1. Komen2 org yg dengki,iri ati dan kecewa aje.... PR lebih baik maaa,,,,

    ReplyDelete
  2. PR memang pengotor pun...aku pun tinggal kat Cheras Selangor kawasan MPKJ, (tempat tsunami kajang)...kalau dulu masa BN, bila potong rumput diaorang pungut sekali rumput,sampah tapi sekarang x de...byk sgt sampah2 tepi jalan..sebab tu lah antara sebab banjir kilat mcm tu sbb parit byk sampah tersumbat...selangor dah jadi darul sampah beb

    ReplyDelete
  3. kalu bersih sangat BN tu tak adalah khir TOYO tu masuk penjara

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.