Pages

Monday, August 29, 2011

Salam Merdeka Raya, Pohon Maaf Zahir Dan Batin Daripada Bro Jinggo


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Sorry geng.. lewat sikit wish raya, sangat sibuk dengan persiapan raya huhuhu~

Terlebih dahulu, syukur alhamdullilah kepada Allah swt ... dan juga berkat doa sahabat sekalian Bonda tersayang kembali beransur pulih dengan segera...

Seminggu yang lalu bonda mendapat rawatan di HKL setelah membuat pembedahan besar di bahagian kepala (Neuro Sugery). Walaupun dalam keadaan yang lemah namun Bonda mempuyai semangat yang kuat...  Alhamdullilah tengahari tadi doktor memberi kelepasan untuk membawa Bonda pulang beraya di Kampung...

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua followers saya, rakan-rakan bloggers, family dan sewaktu dengannya... Ampun maaf dipinta jika ada terlanjur kata and terkasar bahasa...

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

So enjoy your Raya peeps!! Have a nice one...spend your time wisely with your love ones...take care~

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Politik Harian/Bro Jinggo

Sunday, August 28, 2011

[video inside] Mat Sabu Pengkhianat, Pembelot Negara, Harus Ditentang Habis-Habisan!!

Mat Sabu pengkhianat!
Cuba ubah sejarah dan memperlekehkan sejarah Negara!!

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Baca sejarah peristiwa Bukit Kepong di sini...

Mat Sabu kata komunis itu hero! dengan secara terbuka Mat Sabu hina  Lt Adnan dan polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong!! 

Matlamat Chin Peng komunis ialah mahu menjajah Tanah Melayu dari Jepun..

Chin peng ialah double agen yang dilatih oleh British untuk menumpaskan Jepun..dan setelah jepun kalah.. Chin peng mahu menakluk Tanah Melayu melalui bantuan China..

Pada waktu itu melayu komunis hanyalah kuda tunggangang kepada komunis dan diberi layanan kelas kedua seperti Dap memperkudakan PAS..

Aku juga percaya puak Pas sendiri pun tidak setuju dengan kenyataan bodoh dari Mat Sabu ini! 

Terus terang aku katakan Mat Sabu telah memalukan bangsa melayu dan memihak kepada komunis, Mat Sabu adalah pembelot kepada bangsa dan negara!

Mat Sabu adalah 
Pengkhianat Negara!!!!
Pengkhianat Negara!!!
Pengkhianat Negara!!!
Orang macam Mat Sabu ini harus ditentang habis-habisan!!


baca di sini...

Video URL: http://youtu.be/ItcuiUCw4qY

Di bulan Ramadhan yang mulia dan sempena memperingatkan hari kemerdekaan, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka(beragama islam) yang gugur dalam pertempuran di Bukit Kepong.. Al- Fatihah....

Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal 7168 Jidin Omar
Konstabel 9136 Hassan Osman
Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
Konstabel 8600 Jaafar Hassan
Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
Konstabel Marin 68 Awang Ali
Konstabel Marin 181 Basiron Adam
Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Politik Harian/Bro Jinggo

TPM, Hishammuddin, KJ, Ahmad Maslan, Puad Zarkashi Bidas Kenyataan Mat Sabu

Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.

‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.

Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.

Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.

‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.

Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.-UM