Pages

Tuesday, January 17, 2012

Ambiga Jangan Nak Ugut Kerajaan - Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran kepada pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan supaya, jangan hendak mengugut kerajaan dan sudah cukup lah Ambiga mengugut kerajaan.

Terdahulu Ambiga berkata, jika kerajaan tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, kemungkinan mereka akan anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya. Ambiga membayangkan akan mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika syor PSC ditolak.

Khairy turut mempersoalkan kenapa perlu di adakan BERSIH 3.0 di waktu pilihanraya yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.

“Apa faedah jika di adakan BERSIH 3.0, kenapa pihak mereka tidak mahu berhadapan dengan kita (BN) sedangkan pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat”, bidas Khairy kepada Ambiga.


“Jadi kenapa perlu untuk mengugut kerajaan sedangkan Kerajaan sudah banyak bersetuju di atas permintaan BESIH 2”, kata Khairy selepas perasmian Pra Pelancaran BN Youth Ride di PWTC.

Sebagai contoh Khairy berkata kerajaaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Jawatankuasa tersebut dibuat secara terbuka dimana dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Selain daripada itu, kerajaan juga sudah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Tambah Khairy lagi, Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan lain dengan kerjasama SPR, malah SPR juga sudah bersetuju untuk membersihkan senarai pengundi dan banyak daripada permintaan BERSIH telah kerajaan laksanakan.

“Kerajaan juga mahu melihat kemenangan yang secara terbuka dan tidak mahu dilihat menang pilihan raya dengan cara yang tidak adil.

“Yang penting jangan nak main ugut, tidak perlu nak mengugut kerajaan, kerajaan tahu apa yang kerajaan buat,” Katanya lagi.

-Bro Jinggo

4 comments:

  1. Tak habis-habis lagi si Ambiga ni nk buat hal... menyusahkan orang ramai je dia ni... x pe KJ.. bg je dia buat.. kita nk tengok berapa ramai yg datang nanti...

    ReplyDelete
  2. Tolong ambil tindakan segera heret ambiga ke mahkamah...Ambiga mesti bayar ganti-rugi, kos kerugian peniaga pada hari bersih 2 yang lalu.. kos kerugian harus ditanggung oleh ambiga!

    ReplyDelete
  3. klu berani budak2 pakturot turun la masih bersih 3.0, itu pun kalau nak kena belasah macam perkosa kena tempohari hahahaha...

    ReplyDelete
  4. campakkan saja Ambiga aje kemana mana lautan.. dia menyusahkan..tak perlu menghasut dan dijalanan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.