Pages
▼
Tuesday, January 17, 2012
Bakar Poster Menteri Besar Perak, Perbuatan Khianat Yang Semakin Terdesak...
Papan iklan yang memaparkan sentuhan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didirikan di Masjid Tinggi, Bagan Serai dicemburui oleh pihak tertentu sehingga ada yang bertindak membakar poster tersebut.
Poster tersebut dipasang sempena lawatan Perdana Menteri ke Daerah Kerian, dua hari lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.
Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).
"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.
"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya.
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang semalam.
ini semua kerja nizar yg perasan beliau masih jd mb perak...
ReplyDeletejgn tuduh smbarangn.......jgn ikut perangai nizar syok sndiri......ikut cntoh mb zamry
DeleteYe la tu.. MB haram..
ReplyDeleteAnakPerak ..Bro jgn lupa PR yg dlu Main isu Lompat parti ..So bila da kena balik batang hidung sendiri ada istilah Haram ke? mengikut perlembagaan dan undang2 tubuh negeri perak dan dipersetujui oleh sultan perak sendiri memperkenankan BN tu buh negeri Perak..Haram Celah Mana plak nye? What a Joke.
ReplyDeleteMB haram jadah
ReplyDeleteMasa Anwar nak 'beli' 30 orang ahli2 Parlimen BN untuk kerja jahat 16 September dulu, ada tak orang PAS kata Anwar nak jadi PM Haram Jadah?
ReplyDeleteAnwar merancang.., tetapi rancangan Allah tiada sesiapa yang boleh sekat..!!
Allahuakbar...!!