Pages

Wednesday, January 11, 2012

Bom Milik Peserta Perhimpunan 901


Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

Pihak polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut.

2 comments:

  1. Inilah taktik jahat mereka. Mereka tidak mempedulikan siapa mangsa letupan tersebut. Mereka sanggup mengorban penyokong2 mereka yang berdemontrasi. Seandainya rusuhan berlaku di kawasan itu, sudah semestinya penyokong mereka menguasi kawasan tersebut, dan bila bom meletup, penyokong mereka akan cedera dan ada yang mungkin mati. Disni mereka akan salahkan pihak polis dan kerajaan dengan menggunakan bom untuk menyuraikan para demontrasi. Apabila penyokong mereka mati, akan terjadi beban fitnah kepada pihak kerajaan. Betapa jahatnya mereka yang sanggup mengorbankan penyokong sendiri dan meminta mereka hadir memberi sokongan, pada hakikatnya ada strategi pembunuhan sedang dicaturkan terhadap peserta demontrasi. Jadi berhati2lah dimasa akan datang, betapa bahayanya keselamatan anda. Syukur.. Anda terselamat drpd menjadi mangsa korban.

    ReplyDelete
  2. ayat pun nampak bangang. Polis buat kenyataan yang pemeriksaan rapi telah dibuat dan didapati tiada bom tapi mereka kata bom pulak disyaki dibawa oleh peserta! macam mana ni!!?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.