Yang salah tetap bersalah!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.
Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901″ yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
“Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO seterusnya berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.
“Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.
“Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis,” katanya.
Demonstrasi 901 adalah lebih dari demonstrasi.
ReplyDeleteMereka merancang membuat kekecohan dan dalam kekecohan itu sebaik boleh mereka ingin moncolek Anuwar dan menjadikan manusia sebagai benteng biar pun berlaku pertumpahan darah.
Di harapkan semua yang terlibat termasuk pihak berkuasa berhati hati.
Sekiranya ada pendemontrasi aman yang bertentangan dengan pendemonstrasi pembangkang adalah lebih baik mereka sekadar mempertahankan undang undang ia itu dengan menjadi benteng mengelakkan Anuwar di colek supaya dia pergi terus ke Sungai Buloh.
Nampaknya wujud kecenderungan untuk rakyat melanggar kedaulatan undang-undang serta institusi kehakiman kerana terpengaruh dengan individu tertentu.
ReplyDeleteSewajarnya ,rakyat yang serba matang dewasa ini tak mudah terpengaruh dengan gerakkan yang lebih berorientasikan kepentingan individu dan bukan nasional.