Pages

Wednesday, January 4, 2012

Pakatan Rakyat Bakal Berkubur Setelah Ketiadaan Anwar Ibrahim....


Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

BJ: Kalau tak gentar.... mengapa mesti ada kempen bebaskan Anwar 901??? Kenapa perlu kerahkan 100000 penyokong turun ke makamah pada 9 Jan? kenapa harus perkudakan mahasiswa untuk selamatkan Anwar? Kenapa mesti robohkan tembok penjara? 

Sedangkan peluang untuk Anwar bersihkan namanya sudah di beri berkali-kali tapi kenapa takut nak bersumpah lakhnat seperti yang di lakukan oleh Saiful....? Bohong lah kalau Anwar kata tak gentar....

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

BJ: Diantara Kak Wan, Haji Hadi dan Kit Siang siapa yang bakal ganti Anwar Ibrahim??? Kenapa PR tak berani hendak meyatakan pendirian mereka.. Rakyat nak tahu... Siapa yang layak ganti Anwar? 


Aku pasti tanpa Anwar... PR akan hancur berderai-derai... DAP tak mungkin tunduk pada kehendak PKR dan jauh pangang dari api DAP akan akur serta tunduk di bawah telunjuk PAS....

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

BJ: PR tiada apa-apa plan melainkan terpaksa berbohong kepada rakyat... mereka hanya menagih simpati kepada rakyat dan hanya mampu memburukkan nama baik kerajaan... Nak tubuhkan kabinet bayangan pun PR tak mampu inikan pula hendak memerintah negara ini...

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

BJ: Ya... memang betul... Itu pasal Pakatan semakin gelabah sekarang ni.... Gerakan bunuh sesama sendiri dalam Pakatan pun sudah jelas, tak perlu hendak di selindungkan lagi....

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.

BJ: Dasar apa? Janji-janji manis yang dulu pun tak tertunaikan lagi...  Apa pun tak boleh!!!!

6 comments:

  1. lu memang terbaik bro.... kasi goyang itu anuwer lg

    ReplyDelete
  2. Bila takdir mengatasi usaha, bila keputusan Allah mengatasi keputusan manusia, maka akan terjadi apa yang bakal terjadi, akan terlaksana segala janji-janji dan keputusan yang maha esa. Sejuta umat manusia tak akan terdaya, malah seluruh kekuatan didunia jika dihimpunkan, maka kekuatan Allah mengatasinya. Kekuatan manusia dan dunia hanya umpama sarang labah2. Terimalah habuan mu hai hamba Allah.....

    ReplyDelete
  3. 100000 penyokong!!!!!!hahahaha,kelakar la...

    ReplyDelete
  4. Apa-apa jua keputusan mahkamah,kita perlulah hormati atas nama undang-undang.Kenapa kita perlu berdemonstrasi andai bukti sudah cukup banyak?

    ReplyDelete
  5. KECIL SANGAT KUBUR DAN BATU NISAN ITU. UNTUK PAKATAN RAKYAT, KUBURNYA MESTI BESAR, SEBESAR MULUT GUNUNG BERAPI. CARILAH LOKASINYA SEKARANG.

    ReplyDelete
  6. KENAPA BLOG PENCAPAI SEMALAYSIA ADA DALAM LINK SDR? PENCACAI SEMALAYSIA IALAH BOLG MUSUH TEGAR. TOLONG PUTUSKAN LINK DENGAN DIA.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.