Pages

Thursday, January 5, 2012

Perhimpunan Penyerahan Memorandum Kepada Kerajaan Kelantan


Hampir 500 orang bersama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan ( MTRK ) dan beberapa NGO berhimpun dalam satu perhimpunan aman di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ( SUK ) disini.

Perhimpunan aman itu bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan bagi mendesak supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah bekalan air di negeri tersebut.


Kira-kira 3.25 petang, memorandum tersebut berjaya diserahkan menerusi wakil kerajaan negeri yang juga merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan, Hj Zawawi Mohamad tanpa sebarang insiden buruk yang berlaku.

Dalam satu sidang penerangan, Naib Presiden MTRK Kadir Yaakob, menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih ini sudah menjadi satu isu yang serius setelah kerajaan negeri gagal menanganinya walau sudah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.

Tambahnya lagi, Rakyat Kelantan sepatutnya peka akan hal tersebut, dimana punca daripada bekalan air yang dibekalkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB ) telah disahkan oleh jabatan berkaitan yang ianya telah mengakibatkan hampir 95 peratus kanak-kanak di Kelantan mengalami masalah kerosakan gigi atau juga gigi yang mudah reput selain menjejaskan kesihatan rakyat kerana mengandungi logam berat dan juga E – Coli.

Pada masa sama pihak MTRK mengingatkan kerajaan negeri dengan memberi 2 bulan masa untuk menyelesaikan masalah air dan beberapa masalah yang telah dibangkitkan.

Sumber: Detik Perubahan

4 comments:

  1. Ada tak lima Puluh (5oooo)orang yang dah mati selama 20 tahun kelantan yang diperintah oleh PAS ni dok guna ayaq tak bersih nih?Yang aku tau bukan kelantan saja ayaq tak bersih ada lagi negeri2 yang lebih terukkkk khususnya negeri yang diperintah oleh AMNO tak dak pulak puak tu buat DEMO NGO pun tak kelapaq ni pi.Sila periksa dalam carta kedudukkan kebersihan ayaq di seluruh malaysia negeri mana ayaq paling kotoq?Satu lagi depa ni berimpun ramai2 ni ada permit dak?pasai tak tampak sekoq pun FRU dok jaga,tak tau la pulak kalau puak tu jadi tukang jaga lalu lintas,pasai sakit kaki dok penarajang budak2 UPSI.

    ReplyDelete
  2. Carta air paling banyak kuman penyakit 100% Kelantan sebab tak tapis, dinegeri lain ia dinilai dari segi kandungan galian bukannya kuman akibat najis. Hang pi masuk Kelantan banci berapa ramai yg tak menikmati air bersih waima bekalan airpun baru boleh cerita

    ReplyDelete
  3. aku tak paham dengan
    aku paham
    ape bodoh dia dok spital mana
    kira orang kltn masuk wad sbb air koto
    tak brotak gamak nyer

    ReplyDelete
  4. Seorang rakyat Kelantan curi air mineral kerana Kerajaan PAS gagal menyediakan air bersih. Dari segi Hukum Hudud, siapa yang hendak di salah?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.