Pages

Tuesday, January 24, 2012

Sampai Bila Nak Hidup Dengan Sampah Selangor ???




Cuba cerita sikit! sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini! Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Cukup lah! Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Rata-rata kami penduduk di sekitar Gombak dan rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harap BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah.

-Bro Jinggo

1 comment:

  1. Assalam Bro

    Kami dah boring nak call MBSA pasal sampah ni... Jawapan mereka... ada masalah dengan kontraktor sekarang semua pakat2 tarik diri... Mereka beritahu masalah mereka, bukannya nak selesaikan masalah sampah yang tidak diangkut... Kalau ikut jadual, hari ni mereka angkut kawasan rumah aku...? Jangan sampai aku humban sampah rumah aku atas jalanraya (besar) depan umah aku sudah... esok orang nak naik komuter pun susah nak lalu... HAPRAK...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.