Gambar KL POS
SHAHRIZAT Abdul Jalil mendapat sokongan padu dikerumuni anggota wanita Barisan Nasional ketika merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wilayah Persekutuan di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau telah meletak jawatan menteri Kabinet dan jawatan tertinggi pergerakan itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti mana disiarkan laman-laman blog baru-baru ini.
Sebaliknya, beliau menegaskan, perkara tersebut hanyalah khabar angin dan menyifatkan ia sebagai agenda parti pembangkang untuk menggugat kekuatan UMNO.
''Saya tidak pernah menghantar sebarang surat peletakan jawatan dan apa yang berlaku sekarang hanyalah mainan parti pembangkang untuk melemahkan UMNO kerana mereka tahu tulang belakang UMNO adalah Wanitanya.'
''Mereka sebenarnya sudah tidak ada isu untuk melemahkan UMNO, justeru kini mereka mensasarkan saya kerana mereka tahu kalau saya lemah, Pergerakan Wanita UMNO juga lemah sekali gus UMNO juga akan lemah,'' tegasnya.
Tegas Shahrizat, sebarang isu mengenai jawatan yang disandangnya hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri.
''Saya menyerahkan semua ini kepada Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau untuk menentukan kedudukan saya,'' katanya.
Menurut Shahrizat, terlalu banyak khabar angin mengenainya sejak kebelakangan ini namun ia disifatkan sebagai serangan peribadi untuk melemahkan parti terutama Wanita UMNO.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR YB. Zuraida Kamaruddin yang turut mewakili Pakatan telah mendesak agar pihak bertanggungjawab termasuklah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyiasat syarikat milik suami Shahrizat iaitu NFC.
Zuraida juga telah berulangkali mengasak Shahrizat membuat perletakan jawatan di dalam Kerajaan terana mendakwa turut bersubahat dalam penyelewengan tersebut.
aku nak tengok berapa lama hayat perjuangan kak ijat ni...
ReplyDeletePembangkang nampaknya memilih bulu,dalam sibuk menabur pelbagai tuduhan kepada keluarga DS Shahrizat,didiamkan sahaja Ariff fahmi yang khabarnya berkelulusan SPM sahaja menjadi pengerusi YPK Kelantan atas tiket menantu Nik Aziz.Kalau jujur ,mintalah SPR menyiasat juga penyelewengan yang didakwa dilakukan Arif fahmi.NFC kini disiasat,sebelum kita membuat tuduhan.sama-sama kita tunggu akan keputusanya.
ReplyDeleteni bukan sola pembangkang lagi, kak ijat... ini soal nama baik juga maruah kak ijat pertama nya, keduanya, nama baik dan maruah umno...mana yg boleh diselesaikan cara baik selesaikanlah, follow the flow lah kak ijat... redhakan... kita nak membaikpulih umno dan kualiti umno...mari kita sama2 muafakat melihat kehadapan utk tempoh sekurang2nya 50 tahun akan datang....
ReplyDelete3rd force...