Pages

Saturday, February 4, 2012

Hasan Ali: Hampir Kesemua Pemimpin Pas Sekular


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara
liberal jika diberi peluang.

PAS is DEAD!!!!

Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.