Pages

Monday, February 27, 2012

Khalwat: Wanita, Badrul Amin Hadir Ke JAIP Beri Keterangan


Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi Umno.

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya

Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

“Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

“Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.

7 comments:

  1. Ape lak nak kait orang lain....kita perlu berhati2 dlm usaha nak tolong wanita yg kesempitan.Kita sape.Biar kuarganya yg selesaikan masalah dia orang.Kalau kita masuk campur gini la jadinya.Cukup bahaya.Nasihat kpd semua lelaki tak kira ahli olitik ke,ahli sihir ke,ahli muzik ke,jngan sekali2 dkati dgn wanita yg bermasalah.Kita le akn terpalit sama.Cukup bahaya dgn wanita ni.wasalam.

    ReplyDelete
  2. Kalo setakat cakap dan main hembus je smua pon boleh!!! Ksi bukti la yg ni umno punye konspirasi!! Ko igt ko tu org penting sgt ke smpai smua pihak nk jatuhkan ko..ko ada kt dlm politik PR pon umno x rugi apa2 la,DAH TERKANTOI pndai plk nk spin mnyalahkan org lain..

    ReplyDelete
  3. Betul2 lah hantu ni tak bersyukur. Allah beri hidayah dan peluang untuk ko melihat dalam diri ko yg perbuatan ko tu haram. Dah nampak sangat ko cuba hancurkan masjid orang lain. Kalau nak menipu lagi, lepas ni Allah tarik lagi banyak nikmat.

    P/s Korang tengok eh, tak lama lagi pompuan tu jadi bini no 3 - alasan dia bert/jawab, dia baik, dia ustaz dan bla bla bla...

    ReplyDelete
  4. Unit kaunseling Jabatan Agama boleh gulung tikar camni. Dia buka BILIK kaunseling 24 jam lagi. hehehe

    Bini orang tu Ostad! Di TendangTerajang

    ReplyDelete
  5. SORONG PAPAN ...IKUT RASA DEGIL
    BUAH KERANJI BERLAOKKAN DAL
    SUROH MAKAN OZTAD PUN BEDIL
    SUROH MENGAJI OZTAD LAGI BEDAL

    ReplyDelete
  6. Ye la kalau nak menolong pun. Lobi Hotel kan ada. Memadai jumpa di lobi sahaja. Kalau terlebih perihatin, cuma sewakan bilik nya. Yang ngko ngko skali masuk bilik tu buat apa? Mesti ada udang disebalik mee.

    ReplyDelete
  7. Ye la kalau nak menolong pun. Lobi Hotel kan ada. Memadai jumpa di lobi sahaja. Kalau terlebih perihatin, cuma sewakan bilik nya. Yang ngko ngko skali masuk bilik tu buat apa? Mesti ada udang disebalik mee.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.