Pages

Thursday, March 1, 2012

Azizan Akan Tumbang Sebelum PRU13


Berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua orang ahli jawatankuasa eksekutif (exco) kerajaan negeri berkenaan.

Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai menteri besar jika pakatan PAS-PKR-DAP memerintah Kedah.

Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.

Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.

“Mereka bertekad untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi Menteri Besar, malahan ada yang berazam menamatkan karier politik beliau dalam pilihan raya akan datang.

“Selain itu, mereka juga mendakwa Azizan sudah tidak layak menjadi pemimpin PAS Kedah kerana langsung tidak mahu mendengar nasihat exco dan kepimpinan parti,” kata sumber berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Azizan bukan sahaja menerima tekanan daripada penyokong dua exco berkenaan, malah turut menghadapi keadaan yang “kritikal” memandangkan PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan kemelut Kedah esok.

“Dalam mesyuarat itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub akan menbentangkan beberapa cadangan dan syor yang akan menekan Azizan untuk menerimanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan menteri besar mempunyai kuasa untuk memilih exco tanpa merujuk kepada presiden PAS, Datuk Seri hadi Awang,” katanya.

Selain tekanan dari PAS, Azizan turut berkemungkinan menghadapi uasaha penyingkirannya daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengeluarkan kenyataan hanya akan akur kepada perintah Hadi sahaja.

Kenyataan itu jelas sumber berkenaan, seolah-olah Azizan memperkecilkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, ketika ditanya sama ada Azizan akan akur dengan keputusan PAS Pusat, sumber berkenaan menjelaskan, kumpulan ulama di Kedah juga tidak menyebelahi Azizan, ditambah dengan Dewan Pemuda PAS negeri yang dilihat masih belum membuat keputusan untuk menyebelahi mana-mana pihak.

“Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada di kalangan pemimpin pusat yang tidak menyenangi beliau,” kata sumber itu lagi yang menjelaskan Azizan mempunyai tekanan yang begitu hebat.

1 comment:

  1. Jadi kita buatlah kerja kita macam biasa .. supaya senang di dunia dan sejahtera di akhirat ..

    Biarkan PAS dengan labu labunya.. kerana bila Allah hendak menghancurkan sesuatu golongan itu, Allah akan datangkan kerusakan dari dalam dan dari luar sebagai sebab musabab .. benarlah sesungguhnya Allah akan menjaga ugamanya ...

    Aku tunggu masa untuk membakar kad ahli seumur hidup yang aku miliki ini...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.