Pages
▼
Monday, March 5, 2012
PM meriahkan Festival BN Youth Music 2011
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa menyaksikan pertandingan akhir Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara di sini.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin.
Acara dua hari itu, yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Pemuda BN dan ia diadakan buat julung-julung kalinya khusus bagi generasi muda berusia antara 16 hingga 40 tahun tanpa mengira bangsa, latar belakang atau genre muzik.
Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.
Khairy ketika ditemui pemberita berkata, Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.
“Selama ini, kita hanya buat karnival pekerjaan dan ekspo perumahan, kini kita perluaskan lagi usaha itu dengan satu program yang menyentuh generasi muda yang suka kepada seni,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.