Pages

Tuesday, March 20, 2012

SPRM Diminta Jelaskan Status Siasatan Harta Azmin Ali


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM."Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.   Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - Bernama

3 comments:

  1. NANTI JADI SEPERTI KES DI KELANTAN, SPRM KATA ADA KES TETAPI TAK CUKUP BUKTI...MAKA MENANTU NIK AJIS TAK BOLEH DI DAKWA. HAHAHAHA SPRM MASIH BOLEH PERCAYA KE...

    ReplyDelete
  2. Bab pembangkang je tak cukup bukti, kalu UMNO atau kerajaan cepat, pantas Dan effisyen!!!!

    ReplyDelete
  3. Sprm mana leh percaya bro....... Kau cuba bagi kat bomba ker takpun kaunter aduan kat jusco mesti diarang pandai cari bukti. Korang pun mesti boleh tolong bagi bukti kan dengan komentar bernas mcm org tau semua

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.