Pages
▼
Tuesday, April 10, 2012
Anwar Kehabisan Modal... Najib Pangku Kementerian Wanita Pun Jadi Isu....
Pemimpin pembangkang sekarang makin lama makin mereng otaknya, ada saja isu yang mereka rekacipta untuk kepuasan sendiri tanpa mengira logik atau tidak setiap isu yang mereka spekulasikan itu.
Perihal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memangku jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun boleh mereka jadikan isu dengan menggambarkan kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah akan menguasai kementerian tersebut secara tidak langsung.
Dengan kata lain, pembangkang cuba menanam keyakinan umum kononnya PM tidak mempercayai pemimpin wanita UMNO yang lain untuk mengambil alih jawatan Menteri yang sebelum ini dijawat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Melihat kepada spekulasi yang digembar gemburkan oleh pemimpin pembangkang itu, ternampak jelas tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan reputasi PM dan isterinya di mata rakyat.
Resam pemimpin pembangkang sejak dulu hingga sekarang rutin hariannya mencipta isu, misal kata kalau PM melantik Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim ke jawatan tersebut, mereka akan mengatakan PM menyebelahi Kamilia untuk menjatuhkan Shahrizat.
Jika Ketua Puteri UMNO pula dilantik ke jawatan Menteri, PM akan di tuduh sengaja menafikan hak pemimpin Wanita UMNO.
Apa saja langkah PM tentu saja akan dijadikan isu dan dispekulasikan mengikut kemahuan pembangkang sementelah pula tabie penyokong bawahan mereka ramai dari jenis makan bersuap tanpa soal jawab, lagilah mudah untuk terima buta tuli setiap isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka.
Sedangkan semua maklum, langkah PM memangku sementara jawatan tersebut bertitik tolak daripada permintaan Wanita UMNO sendiri sewaktu perjumpaan tempohari bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan Pergerakan Wanita UMNO.
Sebenarnya, pemimpin pembangkang tahu apabila jawatan kementerian tersebut dipangku sementara oleh PM ianya akan meningkatkan semangat ahli Pergerakan Wanita UMNO untuk fokus pada gerakan menghadapi pilihanraya.
Tidak timbul isu Rosmah akan mengambil alih jawatan tersebut atau menguasainya secara tidak langsung, lagipun dalam sejarah UMNO mahupun BN tidak pernah sesekali melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti.
UMNO dan BN bukannya seperti PKR mahupun pun DAP yang menjadikan parti sebagai milik keluarga.
Dalam PKR, yang struktur partinya pelik dan luar tabie dapat kita saksikan bagaimana sang suami, isteri dan anak begitu menguasai parti semacam menguruskan syarikat milik keluarga sendiri.
Mana tidaknya, tatkala Ketua Umum PKR adalah Anwar Ibrahim, Presiden parti pula ialah isterinya, Wan Azizah dan anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula dilantik sebagai Naib Presiden parti manakala Timbalan pula dipegang oleh kroni paling rapat, Azmin Ali.
Bukankah itu menunjukkan PKR adalah antara parti politik yang paling unik, pelik dan luar tabie di Malaysia dan kebetulan pula PKR tidak sendirian kerana DAP juga mempunyai tabiat sedemikian sejak sekian lama apabila ahli keluarga sendiri saja yang dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi parti.
Lim Kit Siang yang sudah hampir 40 tahun menguasai DAP bukan sahaja telah meletakkan anak kesayangannya sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang malah menantu tersayangnya Betty Chew juga diberi kepercayaan mewakili DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Sementara itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 22 tahun lalu juga tidak sunyi dalam hal membabitkan keluarga dalam urusan parti dan kerajaan negeri. Menantu Nik Aziz, bukan sahaja telah dilantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) malah dalam percaturan untuk PRU akan datang juga sedang diura-urakan akan menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri.
Manakala anaknya, Nik Abduh pula pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) selama 8 tahun sebelum meletak jawatan pada Februari 2011 berikutan isu kroni anak menantu Nik Aziz dalam pentadbiran kerajaan negeri selain turut memegang jawatan dalam sayap kanan Pas sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat hingga kini.
Selain Nik Abduh, seorang lagi pemimpin Pas yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Aziz ialah besannya iaitu Abdul Fatah Harun yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tuku, Kelantan.
Tapi pernahkah isu nepotisme dan kronisme yang disebutkan itu menjadi isu hangat dalam parti pembangkang? Jawabnya tidak, kerana pembangkang seperti PKR, DAP dan Pas hanya pandai selak kain orang dan kerapkali lupa melihat dalam kain sendiri walau sebenarnya kain yang mereka pakai itu bukan sahaja koyak rabak malah seluar dalamnya bercompang camping, huduh kelihatan.
Pendek kata, disebalik spekulasi dan isu yang cuba pembangkang gembar gemburkan sekarang ini ianya hanyalah umpama kata dulang paku serpih, sibuk mengata orang diri mereka yang terlebih-lebih. Sibuk mengata pasal isteri PM, rupa-rupanya pembangkang terlupa yang merekalah sebenarnya adalah juara dalam hal-hal sedemikian.
Alah, masa PAS x dapat jadi Exco Agama Selangor, Pakatan kata ni semua strategi, bukan bermakna orang PAS xda yang layak jadi EXCO Agama.
ReplyDeleteSkrg dia pulak nak pakai alasan sama nak kutuk PM?
PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI UCAP TERIMA KASIH KEPADA NURUL IZZAH!! Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
tp aku lg pelik parti yg terang2 parti berdasar kn kaum,melalak mngata kn PR parti perkauman.Dn lg nk tanya kenapa United Malay Nationalist Organisation brlambak mamak menjadi pemimpin ny?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePada saya mamak masih saudara Islam dan mereka tidak bersekongkol dgn bukan Islam nak menjatuhkan bangsa melayu. Malah mereka amat menghormati kita dan mempertahankan kedaulatan bangsa melayu. Apapun perdana menteri dan timbalan adalah melayu tulen. Kenapa nak menghina umno yg telah banyak berjasa pada kita sampai kita boleh jadi manusia yg lupa daratan? Saya takkan jadi apa saya skrg tanpa perjuangan mereka.