Pages

Wednesday, April 25, 2012

#bersih3 Ambiga Bullshit!!


Senang cakap bos Bersih Datuk Ambiga tak payah nak bullshit panjang-panjang. Berterus terang cakap mereka sengaja nak cari sebab untuk berkonfrantasi dengan kerajaan pada Sabtu ini menerusi Bersih 3.0.

Bodoh dan bahlul sangat bagi siapa saja yang tidak dapat meneka nawaitu tersirat mereka bila melihat segala rentetan kepada rancangan mengadakan himpunan yang kononnya untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Ini jelas terpancar bila puak ini berdegil nak 'langgar' juga Dataran Merdeka sekalipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak izin tempat bersejarah itu digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sebelum ini semua orang lihat bagaimana mereka ketepikan begitu sahaja segala rumusan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Menambahbaik Proses Pilihanraya yang mereka sendiri ada wakil.

Banyak masa dan wang ringgit terbuang begitu sahaja untuknya.

Suasananya dijadikan seolah tidak ada satu pun yang kena di kaca mata mereka selagi mereka tidak dapat bertenggek di Putrajaya.

Mereka sekarang merasa seolah boleh berbuat apa saja di negara ini - tak peduli samaada langgar undang-undang atau tidak.

Tambah terserlah lagi Sabtu bila Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia,Datuk Jamil Salleh membuat kenyataan rasmi menawarkan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi himpunan itu.

Stadium itu di dalam dan kawasan sekitarnya senang-senang boleh menampung lebih 150,000 orang tanpa mencetuskan kesesakan lalulintas dan suasana kecoh di tengah pusat bandar.

Dalam satu kenyataan Jamil berkata , "pihak kami tidak ada masalah menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai alternatif.

"Tambahan pula pihak penganjur sejak awal lagi telah memberi jaminan kepada DBKL bahawa perhimpunan ini akan dilakukan secara aman tanpa menjejas keselamatan awam," katanya.

Lojik akal akan berkata jika tidak ada naiwaitu terselindung ...tawaran itu memang sewajarnya disambut tanpa fikir dua kali.

Kata orang mereka nak melalak dari subuh sampai ke subuh esoknya pun di situ tiada siapa yang peduli.

Jadi nampak sangat motifnya tidak lain tidak bukan gimik untuk sengaja bikin panas untuk mencuri perhatian ramai di pusat bandar.

Ikut ceritanya di situlah excitement mereka.Kalau tak kecoh tak syok.Kalau tak dapat ' langgar' Dataran Merdeka tak rasa macam tawan Medan Tahrir di Kaherah.

Mereka mengharapkan FRU dan polis keluar bertempur dengan mereka dengan gas pemedih mata dan sebagainya.

Maka nanti adalah seniman jalanan tampil dengan lakonan yang cedera dan nak mati sangat dalam pertembungan itu untuk dijadikan bekalan sensasikan suasana.

Itulah jenis kepala otak pembangkang yang ada di depan mata sekarang.

Memang amat melucukan bila Ambiga dalam sidang akhbar Sabtu kata kononnya kini tinggal empat hari dan mereka tidak cukup masa untuk menukar lokasi.

Ini ,katanya takut mereka yang hendak menyertai himpunan itu keliru.

Siikit punya bullishit...tak gitu Ambiga.Agaknya beliau perlu masa dua tahun untuk buat pengumuman demi pengumuman agar mereka yang hendak menyertai himpunan anjurannya itu tak silap jalan ke lokasi.

Besar mana sangat Kuala Lumpur ini sampai orang tidak tahu dimana Dataran Merdeka....dimana Stadium Bukit Jalil.

Surat khabar,televisyen,SMS,twitter,facebook,blog dan sebut apa lagi boleh sebarkan dalam masa sekejap saja beritahu lokasi Stadium Bukit Jalil bukan Dataran Merdeka.

Tak cukup hari ini,esok dan esok dan esok ...empat hari boleh tolong buat pengumuman itu.

Mungkin beliau ingat bangang sangat semua orang sampai boleh dikelentong dengan alasan tidak masuk akal begitu

Kalau setakat Perbadanan Stadium membuat tawaran satu hal,malah Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein mengulangi pendirian kerajaan tidak menghalang badan bukan kerajaan menganjurkan perhimpunan 28 April itu.

"Isu kerajaan melarang tidak timbul tetapi isunya sekarang ialah lokasi. Empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini," katanya.

DBKL yang menolak Dataranh Merdeka telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

"Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi, empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini," katanya ketika ditemui di luar majlis pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya Sabtu.

Hishammuddin berkata penganjur perhimpunan itu ternyata cuba mengelirukan dan mengabui mata rakyat apabila menuduh DBKL, Polis Diraja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri bercanggah pendapat berhubung penganjuran perhimpunan itu yang bertegas mahu mengadakannya di Dataran Merdeka.

"Mereka telah ditawarkan empat pilihan tempat untuk berhimpun dan tidak ada lagi alasan untuk mereka terus berhimpun di Dataran Merdeka," katanya.

Sementara itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu pihak berkuasa bertegas dalam isu penganjuran perhimpunan Bersih 3.0.

Ini,katanya dengan mengambil kira kepentingan dan hak majoriti rakyat.

Ketika ditemui wartawan di Kapar dekat Klang ,beliau berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 yang lebih adil telah diwujudkan bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan ia perlu dihormati.

"Undang-undang negara sudah dipinda dan kepentingan masing-masing telah ditentukan dalam soal perhimpunan aman dan salah satu perkara yang ditekankan ialah kawasan penganjuran perhimpunan," katanya.

Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula menilai himpunan Bersih 3.0 tidak lebih dari gimik untuk dijadikan alasan untuk menyalahkan kerajaan jika mereka tewas dalam pilihanraya nanti.-Agendadaily

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.