Pages

Tuesday, April 17, 2012

Biadap Di Istana Negara: Wartawan Kena 'Kejar' Azmin,Khalid Dan Tian Chua!


Jika sebelum ini, kem pembangkang membisu macam ‘mati kaki’ sejak dakwaan beberapa orang ahli parlimen mereka bersikap biadap ketika majlis pertabahan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara, Rabu lalu, pada Isnin tiga daripada mereka yang dikaitkan dengan kejadian itu tampil dengan jawapan.

Itupun bukan secara rasmi bersama tetapi setelah ' dikejar' wartawan di celah-celah sidang Dewan Rakyat Isnin.

Seperti dijangka,Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sepakat menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Itulah jawapan paling popular dalam kepala pemimpin pembangkang termasuk ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim jika diterjah isu-isu tertentu yang kena batang hidung mereka – itu semua kerja UMNO dan BN yang terdesak.

Apa relevan mereka kaitkan pendedahan Dr Rahman Kadir dengan UMNO dan BN bila mereka ‘tersepit’?

Malah, ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu turut mempersoal dan memperlekeh Dr Rahman termasuk bertanya kenapa doktor itu berada di Balai Rong Seri, Istana Negara.

“Siapa doktor ini? Bagaimana petugas boleh berada di Balai Rong Seri,” tanya Azmin.

Menurutnya, beliau tidak tahu apa tohmahan dibuat terhadapnya tetapi anggapnya jelas propaganda yang amat jelek oleh UMNO dan BN kerana gagal jawab isu-isu rakyat yang semakin panas termasuk isu ekonomi, pendidikan, jenayah dan rasuah.

“(UMNO dan BN) Mereka cuba mengalihkan padangan rakyat dengan isu-isu fitnah dan propaganda seperti ini,” katanya menjawab soalan media di Lobi Parlimen.

Tanpa menafikan insiden seperti didakwa doktor itu, Azmin beria-ria menegaskan pendirian pembangkang yang pernah ikrar dalam deklarasi pada 2008 bahawa PKR, PAS dan DAP berpegang teguh prinsip perlembagaan Persekutuan antaranya mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau menuduh UMNO yang mengkhianati dan menghina Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan babitkan institusi itu satu ketika dahulu.

Apabila ditanya apakah dakwaan Dr Rahman itu fitnah dan beliau bercadang ambil tindakan, Azmin berkata, “Saya ini jadi sasaran fitnah UMNO dan BN sudah 10 tahun. Saya serahkan kepada rakyat menilai siapa sebenarnya pengkhianat Raja-Raja Melayu,”.

Sebelum beredar Azmin sempat berpesan, “Tulis baik-baik ya,”.

Itu Azmin punya cerita, Tian Chua pula selain tuduh fitnah besar UMNO yang terdesak dengan mencemarkan imej istana untuk dapatkan kepentingan politik.

Sebaliknya dengan bangga beliau berkata, ahli parlimen pembangkang menghormati institusi di raja dengan pegi majlis dan mematuhi protokol istana termasuk pakai pakaian istiadat.

“Ada group yang sanggup mainkan imej raja untuk capai tujuan politik dan lakukan serangan peribadi terhadap saya dan Azmin,” katanya.

Beliau dakwa apa ditulis doktor itu satu pembohongan malah percaya Dr Rahman tidak ada di tempat itu.

“Itu pembohongan. Ada wartawan. Tak ada pegawai perubatan. Kalau ada, dia muncul,” katanya sambil menyifatkan gerakan ditubuhkan Suruhanjaya diraja menyiasat insiden itu sebagai tidak perlu.

Tian Chua berharap Dr Rahman menunjukkan dirinya sebenar atau hanya imiginasi sebelum memikirkan sebarang tindakan kerana dakwaan doktor itu dipetik akhbar dan blog.

“ Tapi saya sedang fikir untuk ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana tidak check sumber dan cetak. Bukan kita harap sangat dengan Utusan, tetapi dia gantung hanya pada satu blog dengan pengakuan seorang, Utusan jadikan cerita muka depan,” katanya.

Khalid pula berkata, mustahil bagi Dr Rahman yang berada di depan boleh dengar dan lihat perlakuan Azmin, Tian Chua sebab ada beberapa barisan ahli parlimen lain di depan termasuk ahli parlimen BN.

“Saya tak dengar apa-apa termasuk Azmin komen pasal Sultan Kelantan jalan laju, Tok Guru Nik Aziz tak boleh kejar, saya senyum. Bagi saya kenyataan itu mengelirukan kerana Nik Aziz pun tidak hadir.

“Saya tak tahu sama ada dia (Dr Rahman) hadir atau sengaja mereka cerita. Bagi saya menunjukkan UMNO tiada isu. Nak cari isu dan seboleh-bolehnya nak buat isu,” katanya.

Khalid memberitahu, beliau duduk sebaris dengan Azmin kerusi nombor tujuh manakala beliau di kerusi nombor tiga.

Katanya, semua itu satu pembohongan dan tunjukkan UMNO terdesak.

Ketika dimaklumkan Dr Rahman bekas seorang ahli PAS, Khalid menegaskan, “saya tidak tahu tapi kalau dia betul ahli PAS, dia tidak akan buat begitu,”.

Malah katanya, kalau betul-betul Dr Rahman ahli PAS dan kemudian keluar parti, beliau lebih kurang macam Datuk Dr Hasan Ali.

“Memang ak boleh pakailah, Cakap semua tak betul,” ujarnya.

Khalid berkata, beliau tidak ada masalah dengan tulisan doktor itu mengatakan beliau hanya tersenyum kerana ‘saya memang sentiasa senyum,”.

Itulah jawapan Azmin, Tian Chua dan Khalid pasal dakwaan biadap di majlis Rabu lalu.

Mereka jawap tetapi nampaknya UMNO dan BN kena jadi ‘kambing hitam’ pembangkang untuk mereka lepaskan diri.

Selain itu, mereka menganggap Dr Rahman seolah-olah tidak wujud.

Namun, skrip pemimpin pembangkang tetap sama – semua salah UMNO dan BN...agaknhya kalau kiamat nantipun nak disalahkan UMNO dan
BN.

Tidak menghairankan...sedangkan ada video seks 99.9 peratus tulen dan CCTV naik turun lif apartmen melibatkan bos mereka pun...masing-masing boleh ' buat bodoh' macam tak ada hal saja.Inikan pula bab dakwaan seorang pegawai perubatan. -Agendadaily

3 comments:

  1. Saya tengok penulis seolah buta mata dan buta hati terhadap apa yang bn telah buat. Penulis seakan tidur dan seronok diulik mimpi katak makan tahi

    ReplyDelete
  2. Anonymous di atas juga seakan tidur dengan apa yang pembangkang buat sepertinya.

    Apa yang telah BN buat semasa awak tidur? Bina sekolah, bina jalanraya, bina hospital. Walaupun BN tak sempurna, tapi sekurang kurangnya semua ini ada untuk kita semua sama sama masuk sekolah belajar kenal ABC. Eloklah kaalu kita berterima kasih kepada cikgu cikgu dan mereka yang menyumbang dalam membangunkan negara ini.

    ReplyDelete
  3. Sebab itu saya sokong diadakan suruhanjaya.
    Kalau betul mereka ini telah membuat onah, lucutkan sahaja kerakyatan mereka dan dengan sendirinya terlucut juga status mereka sebagai AP.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.